Pages

Friday, July 24, 2009

Bengkel Aku Tak Takut Matematik!


Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya dlm mengendalikan seminar motivasi utk pelajar sekolah sejak 10 tahun lepas, majoriti anak-anak orang kita (pelajar Melayu) tak minat subjek matematik. Bila ditanya kenapa, rata-rata menjawab "SUSAH". Mungkin mereka anggap SUSAH kerana matematik melibatkan pengiraan dan formula. Cara belajarnya pun berbeza, tak boleh membaca tetapi kena buat latihan. Mungkin orang kita secara genetiknya sukar mengira agaknya. Ironinya, subjek kedua yang kurang popular di kalangan anak-anak orang kita ialah Sejarah. Sedangkan, cara belajar sejarah tidak libatkan mengira cuma baca sahaja. Begitupun anak-anak orang kita masih bermasalah. Jadi apa masalah orang kita sebenarnya. Mungkin juga orang kita lebih banyak menggunakan otak kanan agaknya. Itu sebab kita ada masalah dengan dua subjek tersebut kerana kedua-duanya banyak melibatkan otak kiri...mungkin.

Atas niat ingin lihat anak orang kita lebih meminati dan mengusasi subjek kritikal seperti MATEMATIK, maka saya dan rakan-rakan mengambil inisiatif utk menganjurkan Bengkel Aku Tak Takut Matematik! seperti iklan di atas.

Adakah anak anda:

a) Lemah dalam matematik?

b) Tidak menyukai matematik?

c) Hilang minat dalam matematik?

d) Bijak matematik dan mahukan penambahbaikan?

Maka berilah dia peluang untuk hadir BENGKEL AKU TAK TAKUT MATEMATIK! utk melihat potensi sebenarnya dalam matematik.

Objektif bengkel ini antara lain ialah;

1) Menjadikan para pelajar tidak takut dengan subjek matematik.

2) Mengajar tip-tip bagi pelajar yang ketinggalan kembali ke landasan yang betul

3) Menambahkan minat pelajar terhadap matematik

4) Menjadikan pelajar tahu cara belajar yang betul

5) Mengajar pelajar agar menjadi pelajar yang hebat dalam matematik

6) Mengeluarkan bakat pelajar dalam matematik

Bengkel ini terbuka kepada anak-anak kita yang berminat utk mengetahui apa rahsia mudah belajar, meminati dan menguasai subjek MATEMATIK. Bengkel akan diadakan spt berikut:

Tarikh:
8 Ogos 2009 (Sabtu) utk Pelajar Sekolah Menengah
9 Ogos 2009 (Ahad) utk Pelajar Sekolah Rendah

Masa:
9.00 pagi - 3.30 petang

Tempat:
Pusat Motivasi AsasInsan
No. 14-2, Tingkat 2, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.

Yuran Penyertaan:
RM60 seorang
(termasuk makanan, fail, alatulis, nota dan sijil penyertaan)

Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang berminat utk mendaftarkan anak-anak menyertai bengkel ini bolehlah berhubung terus dengan En. Hamidon 012-336 7293, En. Azmir 013-340 7323 atau Pejabat AsasInsan 03-8922 2934.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 Ogos 2009. Bayaran yuran boleh dibuat secara cash deposit ke dalam akaun ASASINSAN RESOURCES & TRAINING - 5647 99100 357 (Maybank) atau hadir sendiri ke pejabat AsasInsan untuk membuat bayaran. Harap maklum pihak kami tidak menerima bayaran pada hari program.

Semoga program ini akan dapat meningkatkan minat anak-anak kita untuk menguasai ilmu matematik untuk manfaat masa depan mereka dan ummah. Insya Allah.

Jumpa di sana....

Thursday, July 23, 2009

Kepala putih...




Seorang peserta yang pernah menyertai seminar SUREHIRED! yang saya kendalikan di salah sebuah IPTA di Terengganu bertanyakan pandangan saya tentang patutkah dia menyambung pelajaran ke luar negara sedangkan saat ini dia telahpun berjaya menempatkan diri di salah sebuah IPTA. Yang pasti saya tidak mampu untuk membantu dia menyelesaikan kebuntuannya tetapi sekadar memberi pandangan biasan pengalaman lepas yang pernah saya lalui. Hanya dirinya yang mampu membantu dirinya sendiri. Keputusan dalam hidup ini sepatutnya berada di tangan kita sendiri.

Ingat lagi cerita perlumbaan di antara si arnab yang kononnya laju dengan si kura-kura yang kononnya lembab? Siapa menang dalam perlumbaan itu? Semua tahu, SI KURA-KURA. Kenapa si kura-kura menang? Mudah, kerana si kura-kura tahu dan fokus kepada 'matlamat akhir' yang ingin dicapainya iaitu merentas garisan penamat. Berbeza dengan si arnab, matlamatnya ialah mengalahkan si kura-kura. Cuba lihat apa beza di antara dua matlamat tersebut? Sekali pandang seperti tiada beza tetapi jika diteliti sebenarnya ia amat berbeza dan ia juga memberi hasil yang berbeza.

Disebabkan matlamat akhir si kura-kura ialah merentas garisan penamat maka dia tidak risau tentang lariannya walaupun dikatakan lambat. Kerana biarpun lambat jika dilakukan dengan konsisten, berterusan dan tanpa hilang fokus akhirnya dia pasti akan tiba ke destinasi yang dituju iaitu garisan penamat. Menang atau kalah soal lain. Ia sekadar perspektif. Mungkin kalah bagi orang lain tapi menang bagi dirinya. Samalah dengan kita hari ini, kita puji melangit anak, adik atau kawan yang skor A. Kita pula diam seribu bahasa untuk anak, adik atau kawan yang skor C dalam exam sedangkan dia telah bersusah payah berusaha setiap hari untuk tidak lagi gagal dalam exam. Bukankah C itu membuktikan peningkatannya maka tak wajarkah dia dihargai kalaupun tidak dipuji.

Si arnab pula tiada matlamat akhir. Dia hanya fokus kepada larian. Dia hendak tunjukkan yang dia boleh berlari lagi laju dari si kura-kura. Itu sebab apabila dia memotong si kura-kura di pertengahan larian dia boleh pula berhenti untuk rehat, tidur dan bermimpi. Dia tidak fokus kpd ‘matlamat akhir’ seperti si kura-kura iaitu menamatkan perlumbaan dengan merentas garisan penamat. Dia hanya ingin kalahkan si kura-kura. Maka, apabila dia berhenti di “R&R”, dia rasa seperti dia telah menang! Tapi adakah dia telah mencapai matlamat yang sebenar?

Jadi sekarang saya ingin tanya tiga soalan mudah. Jika kita boleh jawab dengan tepat mungkin ia boleh membantu untuk merungkai kekusutan yang sedang merintangi benak fikir kita tentang pilihan yang patut kita buat.

Pertama: Apa yang penting ‘Larian’ atau ‘Matlamat Akhir’?

Kedua: Apa ‘Larian’ dan ‘Matlamat Akhir’ anda?

Ketiga: Apa yang sedang anda risaukan sekarang ini ‘Larian’ atau ‘Matlamat Akhir’?

Dulu sewaktu saya diberi tugasan oleh bos saya En. Shai di Tetuan Shahinuddin & Ranjit untuk ambil alih dan SELESAIKAN satu kes saman yang telah tertangguh hampir 10 tahun melibatkan tuntutan hampir RM2,000,000.00, klien berkata kepada saya “kes ini dah lama, complicated dan you pulak lawyer baru. Lagipun the other side lawyer is a very senior lawyer kepala pun dah putih. Boleh ke you lawan?” Saya pun jawab “Tuan, memang betul saya ni lawyer baru and for your info, I know nothing about this case and I’ve got this file just before I get here.” Kemudian saya pula bertanya “Do you really want to settle this old case?” Dia jawab “Yes, of course!” dan akhirnya saya katakan kepadanya “Then, forget about all those kepala putih and start telling me “the story” of this case from A to Z. If any single thing left unknown to me, you are the one who fumble the case and not me.” Apabila Mahkamah Tinggi mengumumkan keputusannya, klien saya menang kes tersebut.

Analisis mudah:-

Matlamat akhir saya: Selesaikan kes yang tertangguh hampir 10 tahun itu.

Larian saya: Belajar segenap sudut berkenaan kes itu agar apa yang orang lain tahu kita juga tahu dan berusaha lebih sedikit agar kita lebih tahu dari orang lain.

Hasil saya: Kes itu selesai. (Menang, itu soal lain dan ia satu bonus)

Satu kaedah berfikir dalam menyelesaikan masalah ialah berfikir secara terbalik atau melawan arus. Dalam erti kata lain, berfikir dari detik ‘matlamat akhir’ ke detik sekarang. Biasanya, kita akan jumpa jawapan apa yang patut kita buat sekarang.

Cubalah jawab 3 soalan dan buat analisis mudah di atas, semoga Allah swt merahmati dan mempermudah usaha kita untuk menjadi hambaNya yang terbaik.

Sunday, July 12, 2009

Jika 10 bilion, kenapa kita tak hebat?











Allah menjadikan manusia dgn sebaik-baik kejadian. Akal yg saiznya hanya sebesar dua genggaman tetapi mampu memberi "kemampuan" kpd pemiliknya utk merubah hutan belantara menjd kota, bulan tempat disinggahi dan menjadikan dunia spt apa yg kita lihat hari ini.
Kenapa?
Kerana dlm organ yg bernama akal itu terkndung lebih 10 bilion sel otak yg mnjdkan manusia mampu berfikir. Fikir buruk baik, kesan akibat dari apa yg dilakukannya.
Maka, kita tiada hak utk mengatakan diri kita tidak hebat, tidak pandai, tidak cerdik atau sebarang 'kekurangan' krn kita semua miliki potensi akal yg sama. Bedanya hanya samada kita sedar atau tidak. Klu pun sedar adakah kita telah benar-benar menggunakan potensi ini.
Anda berada di MRSM. Prima facinya (meminjam istilah undang2) anda adalah yg terbaik. Ribuan yg mohon hanya anda yg berjaya menempatkan diri di sini. Maka anda tidak punya alasan utk berkata "aku tidak pandai". Itu antara peringatan sy kepada 300 adik-adik di MRSM Pontian semalam dlm program
Motivasi Kemahiran Belajar iMAge (ikut-macam-genius) - Kaedah Urus Masa 4Flex dan Kaedah Ulangkaji Berkesan B20.
Jika pelajar di sekolah harian berhadapan dgn 1001 cabaran dalaman dan luaran utk capai kejayaan dlm belajar, anda di MRSM mungkin tidak sesukar mereka kerana segalanya telah tersedia. Tetapi adakalanya jika segala sering tersedia kita sering pula terlupa utk bersyukur.
Harapan sy pada adik-adik MRSM Pontian, buatlah yg terbaik dan jdkanlah kami semua (ibu, ayah, cikgu, orang Melayu) bangga dengan kehebatan kalian. Buktikan!!! Buat adik kelas 105 yg mengutus ucapan terima kasih buat sy slps progrm smlm, TAHNIAH & Terima Kasih, anda HEBAT. Tidak lupa ucapan setinggi terima kasih dan tahniah kpd Cikgu Mohamad Fardi yg berjaya 'membahagikan' dirinya kpd beberapa 'bahagian' semalam demi memastikan semua program yg dirancang berjalan dgn lancar. Semoga Allah merahmati dan memberkati segala usaha kita yg dilakukan ikhlas keranaNya. Dengan izinNya, kita jumpa lagi.

Monday, July 6, 2009

Terimalah tanpa syarat...




Alhamdulillah stlh bbrp kali tertangguh sejak 2008, akhirnya Kem I'Bad SMK Taman Desa, Country Homes, Rawang dapat juga dilaksanakan, dgn jayanya. Tahniah kpd barisan guru-guru terutamanya Guru Kaunseling Kak Ziha yg tdk jemu2 berusaha mengharungi sgl rintangan utk memastikan program ini berjaya. Penat lelah kalian berbaloi dan yg pasti ganjaran pahala di sisi Allah swt menanti jika segalanya dimulakan dgn keikhlasan.
Tahniah dan 'tabik istimewa' buat 67 adik-adik dari keluarga Seri Kaktus Reflesia, Seri Morning Glory, Seri Lily, Seri Teratai, Seri Sakura dan yg unik Seri T Ayam. Anda semua HEBAATTT. Terus terang sy katakan pd awal ketibaan kalian perasaan ragu-ragu hinggap di hati utk berhadapan dgn 67 orang hero dan heroin dari SMK TDCH ini walaupun sy berpengalaman mengendalikan program lebih 10 tahun. Kenapa?
Perspektif. Itulah jwpnnya. Mahukah mereka dgr cakap sy? Bolekah mereka ikut progrm yg tlh disusun? Mudahkah nk mengatur mereka? dan bermacam-macam lagi. Namun, semua itu terjawab dgn satu langkah minda yg mudah, "terima mereka tanpa syarat."
Kita sering meletakkan pra-syarat dlm memulakan hubungan sesama manusia. Kita mahu orang terima kita atau dgr apa yg kita katakan dan kita meletakkan pelbagai syarat sebelum itu. Semua mesti diam, semua mesti dengar, semua mesti berdisiplin, semua mesti hormat dan bermacam-macam lagi.
Kita suka letak pelbagai syarat dan jika mereka gagal 'patuhi' syarat-syarat tersebut kita hukum pula mereka sebagai biadap, kurang sopan, kurang ajar, sombong dan sebagainya. Sy petik tulisan Dale Carnegie mengenai prinsip dlm hubungan kemanusiaan, "Prinsp pertama ialah jangan mengkritik, menghukum atau merungut dalam memulakan hubungan." "Tuhan sendiri tidak akan mengadili manusia sehingga pada saat yang terakhir."
Dalam membina hubungan kemanusiaan yang baik, kita perlu melakukan semua perkara yg kita syaratkan itu terlebih dahulu trhdp orang lain sebelum org lain boleh menerima kita. Kita perlu terima orang lain tanpa syarat terlebih dahulu. Jika mereka bising, kita mulakan secara bising. Kalau mereka sombong, kita mulakan secara sombong. Kalau mereka pasif, kita mulakan dgn cara pasif. Bagaimana caranya? Itu kita kenalah berguru.
Buat 67 org adik-adik SMK TDCH, semoga kalian berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Perjalanan masih jauh dan rintangan sangat hebat menanti anda. Maka, setiap hari berusahalah menjadi insan yang HEBAT dan ingat apa-apa pun Solat First!. Teruja utk bertemu kalian dgn "wajah dan jiwa baru".