Pages

Thursday, July 23, 2009

Kepala putih...




Seorang peserta yang pernah menyertai seminar SUREHIRED! yang saya kendalikan di salah sebuah IPTA di Terengganu bertanyakan pandangan saya tentang patutkah dia menyambung pelajaran ke luar negara sedangkan saat ini dia telahpun berjaya menempatkan diri di salah sebuah IPTA. Yang pasti saya tidak mampu untuk membantu dia menyelesaikan kebuntuannya tetapi sekadar memberi pandangan biasan pengalaman lepas yang pernah saya lalui. Hanya dirinya yang mampu membantu dirinya sendiri. Keputusan dalam hidup ini sepatutnya berada di tangan kita sendiri.

Ingat lagi cerita perlumbaan di antara si arnab yang kononnya laju dengan si kura-kura yang kononnya lembab? Siapa menang dalam perlumbaan itu? Semua tahu, SI KURA-KURA. Kenapa si kura-kura menang? Mudah, kerana si kura-kura tahu dan fokus kepada 'matlamat akhir' yang ingin dicapainya iaitu merentas garisan penamat. Berbeza dengan si arnab, matlamatnya ialah mengalahkan si kura-kura. Cuba lihat apa beza di antara dua matlamat tersebut? Sekali pandang seperti tiada beza tetapi jika diteliti sebenarnya ia amat berbeza dan ia juga memberi hasil yang berbeza.

Disebabkan matlamat akhir si kura-kura ialah merentas garisan penamat maka dia tidak risau tentang lariannya walaupun dikatakan lambat. Kerana biarpun lambat jika dilakukan dengan konsisten, berterusan dan tanpa hilang fokus akhirnya dia pasti akan tiba ke destinasi yang dituju iaitu garisan penamat. Menang atau kalah soal lain. Ia sekadar perspektif. Mungkin kalah bagi orang lain tapi menang bagi dirinya. Samalah dengan kita hari ini, kita puji melangit anak, adik atau kawan yang skor A. Kita pula diam seribu bahasa untuk anak, adik atau kawan yang skor C dalam exam sedangkan dia telah bersusah payah berusaha setiap hari untuk tidak lagi gagal dalam exam. Bukankah C itu membuktikan peningkatannya maka tak wajarkah dia dihargai kalaupun tidak dipuji.

Si arnab pula tiada matlamat akhir. Dia hanya fokus kepada larian. Dia hendak tunjukkan yang dia boleh berlari lagi laju dari si kura-kura. Itu sebab apabila dia memotong si kura-kura di pertengahan larian dia boleh pula berhenti untuk rehat, tidur dan bermimpi. Dia tidak fokus kpd ‘matlamat akhir’ seperti si kura-kura iaitu menamatkan perlumbaan dengan merentas garisan penamat. Dia hanya ingin kalahkan si kura-kura. Maka, apabila dia berhenti di “R&R”, dia rasa seperti dia telah menang! Tapi adakah dia telah mencapai matlamat yang sebenar?

Jadi sekarang saya ingin tanya tiga soalan mudah. Jika kita boleh jawab dengan tepat mungkin ia boleh membantu untuk merungkai kekusutan yang sedang merintangi benak fikir kita tentang pilihan yang patut kita buat.

Pertama: Apa yang penting ‘Larian’ atau ‘Matlamat Akhir’?

Kedua: Apa ‘Larian’ dan ‘Matlamat Akhir’ anda?

Ketiga: Apa yang sedang anda risaukan sekarang ini ‘Larian’ atau ‘Matlamat Akhir’?

Dulu sewaktu saya diberi tugasan oleh bos saya En. Shai di Tetuan Shahinuddin & Ranjit untuk ambil alih dan SELESAIKAN satu kes saman yang telah tertangguh hampir 10 tahun melibatkan tuntutan hampir RM2,000,000.00, klien berkata kepada saya “kes ini dah lama, complicated dan you pulak lawyer baru. Lagipun the other side lawyer is a very senior lawyer kepala pun dah putih. Boleh ke you lawan?” Saya pun jawab “Tuan, memang betul saya ni lawyer baru and for your info, I know nothing about this case and I’ve got this file just before I get here.” Kemudian saya pula bertanya “Do you really want to settle this old case?” Dia jawab “Yes, of course!” dan akhirnya saya katakan kepadanya “Then, forget about all those kepala putih and start telling me “the story” of this case from A to Z. If any single thing left unknown to me, you are the one who fumble the case and not me.” Apabila Mahkamah Tinggi mengumumkan keputusannya, klien saya menang kes tersebut.

Analisis mudah:-

Matlamat akhir saya: Selesaikan kes yang tertangguh hampir 10 tahun itu.

Larian saya: Belajar segenap sudut berkenaan kes itu agar apa yang orang lain tahu kita juga tahu dan berusaha lebih sedikit agar kita lebih tahu dari orang lain.

Hasil saya: Kes itu selesai. (Menang, itu soal lain dan ia satu bonus)

Satu kaedah berfikir dalam menyelesaikan masalah ialah berfikir secara terbalik atau melawan arus. Dalam erti kata lain, berfikir dari detik ‘matlamat akhir’ ke detik sekarang. Biasanya, kita akan jumpa jawapan apa yang patut kita buat sekarang.

Cubalah jawab 3 soalan dan buat analisis mudah di atas, semoga Allah swt merahmati dan mempermudah usaha kita untuk menjadi hambaNya yang terbaik.

1 comment:

  1. Apa sebenarnya keadaan firma Shahinudin Ranjit sekarang? Boleh kongsi ker?

    ReplyDelete