Pages

Thursday, March 14, 2013

Ada Bezakah Seminar Syoknya Belajar Dengan Seminar Yang Lain?



Salam kpd para ibu ayah semua.

Mungkin ramai tertanya-tanya apa bezanya Seminar Syoknya Belajar Dengan Kuasa EQ atau boleh disingkatkan menjadi SSBEQ dengan seminar atau kem motvasi yang lain?

Sekadar utk berkongsi sedikit maklumat semoga dapat membantu tn/pn membuat keputusan terbaik utk anak-anak tersayang.

PERTAMANYA, SSBEQ tidak memfokus kpd pencapaian akademik semata-mata. Iaitu bagaimana utk skor A dlm subjek-subjek yg dipelajari. Tetapi SSBEQ berusaha menimbulkan rasa mahu dan seronok utk menuntut ilmu. Ia sangat berbeza di antara belajar utk skor A dgn menuntut ilmu.

Pengalaman saya mengendalikan kem dan seminar utk pelajar sejak 1995, ternyata majoriti pelajar akan memilih utk tidak mahu ke sekolah jika mereka diberi kebebasan utk memilih. Itu adalah normal. Apa yang seronok di sekolah? Hampir tiada selain bersama dengan kawan-kawan.

Namun, apabila dikongsikan dgn penuh terbuka dalam nada dan bahasa yang mereka gemari, betapa dengan ilmu akan menjadikan mereka bernilai pada satu masa nanti, perspektif mereka sedikit teranjak. Berapa ramai yang ke sekolah tetapi akhirnya umpama tiada nilai? Salah sekolahkah? Atau salah ibubapakah? Di manakah silapnya? Silapnya ialah mereka  ke sekolah tetapi ‘hadir ke sekolah’ itu tidak menambah ilmu dalam diri mereka. Inilah yg menjadikan mereka di hujungnya umpama hampas yang tidak bernilai.

Adab dalam menuntut ilmu yg akan menjadikan anak-anak kita yg ke sekolah akan dilimpahi dgn sinar cahaya keberkatan ilmu itu sendiri. Belajar tanpa adab adalah sia-sia. Ilmu yg dipelajari tidak menyalakan pelita dalam diri sebaliknya memadamnya. Kelam pada wajah, hati, tuturkata dan perilaku. Bukankah itu yang banyak terjadi. Anak murid boleh memaki guru, merosakkan harta benda sekolah, membuli rakan sesekolah, menipu dan bersuara tinggi dengan ibubapa, tidak bersalah meninggalkan solat dan macam-macam lagi.

Kajian kami terhadap lebih 500 pelajar Melayu muslim yg menyertai kem cuti sekolah hujung tahun 2011, lebih 49% daripada mereka culas (main-main) dalam solat. Subhanallah. Di mana kita sebagai ibubapa mereka? Ironinya ramai ibubapa tidak sedar keadaan ini lantaran fokus yg terlalu terarah kpd pencapaian akademik semata-mata.

KEDUA, SSBEQ sedikit berbeza kerana pendekatannya adalah diskusi interaktif dan perkongsian. Bukannya ceramah motivasi yang stereotype. Bermakna wujud interaksi dua hala yg segar di antara saya sbg motivator dengan anak-anak tn/pn. Itulah sebabnya jumlah peserta dihadkan dalam seminar ini. Saya biasa mengendalikan ceramah motivasi di sekolah-sekolah seluruh negara yg dalam satu-satu masa melibat di antara 200-700 pelajar. Cuba tn/pn bayangkan anak-anak tn/pn merupakan peserta yg ke 200 atau 700 yg duduknya di belakang sekali, berapa peratus yg dia dapat drpd ceramah yg saya sampaikan? Ya betul mungkin ada tetapi impaknya bagaimana?

Dalam SSBEQ kami mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Memang benar jumlah yang ramai menyedapkan mata memandang tambahan pula yurannya bukanlah murah. Tetapi sejauh mana ia benar-benar memberi manfaat kepada peserta dan ibubapa yg bersusah payah? Saya mengharapkan keberkatan dalam setiap cupak rezeki yang saya cari dan saya rasanya tn/pn juga begitu.

Saya akan berkongsi, bercerita dan mendengar luahan hati budi mereka. Mereka sudah jemu mendengar, di rumah, di sekolah, di tv dan di dalam seminar motivasi. Asyik-asyik mereka yang kena dengar. Jemu, muak dan membosankan. Inilah punca mereka mudah melenting dan melawan. Semuanya masuk tanpa ada saluran keluar. Tersumbat! Tertekan dan akhirnya Booom! Jika itu berlaku ia mungkin sudah terlambat utk kita bertindak. Seorang bapa pernah bercerita dgn saya tentang kisah sedih anaknya yg meninggal dunia dalam bilik tidur akibat tekanan yg melampau. “Kalaulah saya dengar luahan dia dari awal, mungkin dia tidak sesengsara itu..” itulah luahannya kepada saya. Pengalaman saya mengendalikan kem-kem remaja, bagaimana mereka mudah mesra dengan saya yg mereka panggil Abg. E ialah kerana saya sentiasa membuka ruang utk mereka bersuara. Dan yang penting saya dengar. Di sekolah mereka kerap juga bersuara tetapi jarang sekali didengar. Di rumah? Hanya tn/pn sbg ibubapa mereka yang lebih tahu. Mungkin ini peluang terbaik utk anak-anak tn/pn meluahkan apa yang terbuku dalam benak hati dan fikiran mereka selama ini. Sama-sama kita nantikan.

KETIGA, perbezaan di antara SSBEQ dengan program-program lain ialah kami di AsasInsan telah menyusun pelbagai program sepanjang tahun yang berfungsi sebagai sistem susulan selepas seminar. Seminar GempurEXAM!; Persediaan Psikologi Peperiksaan (GEX!), Seminar Bijak Cuti (SBC) dan Kem Kembara Ibadah Dan Jatidiri Remaja (I’BAD Camp). Semuanya ditawarkan pada kadar diskaun kpd anak-anak tn/pn yg telah menyertai SSBEQ.

GEX! diadakan sebulan sebelum peperiksaan besar spt PMR & SPM yg mendedahkan teknik berkesan menghadapi fobia exam. SBC pula mendedahkan teknik unik belajar dalam masa cuti sekolah tanpa sedikitpun mengganggu aktiviti cuti sekolah spt mandi sungai di kampung. Sementara itu, I’BAD Camp adalah program camping tahunan yg kami anjurkan dgn kerjasama masjid-masjid yg menfokuskn kpd aspek pengukuhan ibadah dan jatidiri sbg remaja muslim. Lengkap bukan? Saya tahu menggalas tugas sbg ibubapa bukanlah mudah dan kita perlukan dokongan orang lain agar amanah ini benar-benar terlaksana. Belum habis lagi, kami juga ada menganjurkan Bengkel Kenali Anak (BKA) khas utk ibubapa.

Harapnya dengan tulisan ini dapat memberi sedikit pencerahan tentang Seminar Syoknya Belajar Dengan Kuasa EQ (SSBEQ). Semoga ada manfaat. InsyaAllah.

Terima kasih. Wallahu a’lam

M. K. FUAD HJ. CHE AB. RAZAK
Perunding Utama
AsasInsan Resources & Training

No comments:

Post a Comment