Pages

Thursday, January 24, 2013

Tip Untuk Bisnes Laku

Kenapa bisnes tak laku? Ramai peniaga menjual untuk mendapatkan untung sementara iaitu duit pelanggan. Jadi kalau bukan duit, kita berniaga untuk dapat apa?

Saya pasti sebagai peniaga yang kita mahu ialah untung yang banyak dan berpanjangan. Apa guna berniaga kalau untung sekejap sahaja. Hari ini untung. Esok, lusa dan seterusnya rugi. Ini kerap terjadi di kalangan orang kita.

Jadi apa cara untuk dapatkan untung berpanjangan dan berterusan? MLM? Bukan! Berniagalah untuk dapatkan KEPERCAYAAN pelanggan kita. Hari ini 100 orang membeli di gerai kita. Buatlah supaya semua mereka PERCAYA dengan kita. Pelanggan yang PERCAYA dengan kita akan datang lagi dan bawa mulut pasal kita. Pelanggan yang tak percaya dengan kita akan mengelak untuk datang lagi ke kedai kita tapi pasti akan bawa mulut pasal kita. Bayangkanlah.

Macam mana nak buat supaya mereka bukan sekadar membayar dengan duit tetapi juga dengan kepercayaan mereka? Senang sahaja. Berikan lebih sedikit (sikit jer) daripada apa yang mereka mahukan atau perlukan.

Apa dia benda sikit yang boleh kita bagi kepada pelanggan kita? Dalam seminggu ini, cubalah tuan-tuan berikan benda berikut kepada pelanggan dan lihat hasilnya selepas seminggu, SENYUM. Senyum tuan-tuan mesti nampakkan sedikit gigi. Terakhir waktu untuk anda senyum ialah sewaktu memulangkan duit baki. Wallahu a'lam.

Terima kasih kerana membaca, sampaikanlah jika ada manfaat. Semoga BERHASIL.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment