Pages

Thursday, January 24, 2013

Tip Kurangkan Stres Kerja

Apabila kita bekerja untuk mencari duit kita akan mudah 'diserang' stress. Kenapa? Jawabnya mudah kerana kerja tak akan habis tetapi duit balik-balik habis. Garis graf kedua-duanya bersilang, yang satu naik dan yang satu turun.

Sifat duit ialah 'tak pernah cukup'. When it comes to money, enough no longer means enough. Jadi bekerjalah kuat macam mana pun, duit yang kita kejar itu tidak pernah cukup. Buat penat jer orang kata.

Jadi apa patut kita buat. Berhenti kerja? Adakah ia akan menjadikan duit cukup?

Senang sahaja. Carilah rezeki bukannya duit. Caranya mudah iaitu bekerjalah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Duit yang tak pernah cukup itu adalah sekelumit daripada lautan rezeki yang Allah SWT limpahkan kepada kita setiap detik. Nescaya kalau kita guna semua ranting yang ada di dunia ini sebagai pena dan air lautan sebagai tinta maka tidak akan habis nikmat Allah yang boleh kita tulis melainkan habis tinta lautan itu dahulu. Subhanallah.

Pokok pangkalnya, belajarlah untuk bersyukur terlebih dahulu. Itulah kunci pembuka pintu rezeki. Barulah tak stress sebab graf kerja naik, graf rezeki duit pun naik bahkan tak pernah turun. Wallahu A'lam.

Terima kasih kerana membaca, sampaikanlah jika bermanfaat. Semoga BERHASIL.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment