Pages

Thursday, August 2, 2012

Mind Setting Ganti Air Di Bulan Puasa?

Assalamualaikum wrt wbh

Pembantu sy biasanya akan menyediakan air mineral utk sy teguk sepanjang sesi program yg sy kendalikan. Minum air sewaktu berceramah bukanlah sangat kerana dahaga tetapi lebih utk menyegarkan otak. Berceramah bermakna otak kita berjalan tanpa henti bahkan lebih pantas drpd biasa. Ini menyebabkan otak cepat 'kering'. Bila 'kering' adakalanya ia mampu menjejaskan daya fikir. Maka, solusinya minumlah air.

Jadi di bulan puasa ini bagaimana? Performance terjejas kah dek kerana puasa?

Alhamdulillah, bagi sy bulan Ramadhan ini hikmahnya terlalu besar. Kuasa Pelarasan Minda (mind setting) yg dibuat di kala bersahur sudah cukup utk memastikan isu 'kekeringan otak' dpt diatasi sepanjang mengendalikan sesi program dlm bulan puasa ini. Mmglah tekak terasa kering dan nafas mnjdi sedikit 'beraroma' tetapi yg penting idea tak pernah putus bahkan mencurah-curah.

Bulan Ramadhan tahun ini cukup mencabar bagi sy dan team kerana kami perlu memastikan semua program Terapi Salam Inspirasi Ramadhan 1433 dpt dijayakan dgn sempurna, setiap hari sepanjang Ramadhan.

Kesabaran, keikhlasan dan keredhaan adalah kunci kejayaan sebenar. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati semua usaha yg kita lakukan.

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment