Pages

Sunday, June 19, 2011

Iceberg kita?

90% fungsi tubuh badan  kita dikawal oleh iceberg yang tenggelam. Ia tenggelam maka itulah sebabnya sedikit sahaja kita yang terperasan atau sedar perkara ini. Iceberg tenggelam ialah minda bawah sedar (MBS) kita.

Bahagian iceberg yang timbul pula ialah minda sedar (MS). Ia cuma lebih kurang 10% sahaja. Kuasanya terhad berbanding MBS.Tetapi harus diingat, walaupun kecil, MSlah yang menentukan 'warna' atau jenis MBS kita. Masih belum faham?

Mudah sahaja untuk faham sebenarnya. Pada kebiasaannya, adakah anda seorang yang berfikiran positif atau negatif. Cuba fikir sekarang dan jawab secara jujur.

Fikiran positif dan negatif, kedua-duanya berbeza. Mereka menuju arah haluan yang berbeza. Mereka membentuk peribadi atau personaliti pemiliknya yang berbeza. Namun, ada satu yang sama. Kedua-duanya duduk dalam MBS anda. Mana yang kuat atau banyak dialah yang menguasai atau memerintah MBS anda.

MBS anda adalah ciptaan Allah yang sangat taat. Mottonya ialah "Saya Yang Menurut Perintah". Apapun yang diperintahkan kepadanya, dia akan buat sampai selesai. Tidak pernah tidak selesai. Semuanya selesai. Tugas dia ialah menggerakkan atau menentukan cara fikir, gaya rasa dan perlakukan anda dari kecil sehingga nyawa tercabut dari jasad. Bahkan tak salah jika saya katakan, destinasi abadi kita juga sebenarnya ditentukan oleh MBS.

Itulah sebabnya, penting untuk kita melatih MBS kita daripada awal untuk diwarnai dengan perkara yang positif. Selagi mana MBS kita negatif atau percaya bahawa kita tidak boleh maka sampai bila-bila kita memang tidak boleh. Buktinya, sejak dulu MBS orang Melayu disumbat dengan kepercayaan "orang Melayu tak pandai bisnes. Kalau bisnes mesti gagal." Cuba lihat kesannya hari ini.

1 comment:

  1. ice berg tu macam diri kita la kan che'E?
    yang nampak atas air tu yang org luar nampak
    yang dlm air tu kita je yang tau it's internally
    anyway
    artikel ni menarik :D
    mekasih sebab bagi ilmu :)

    ReplyDelete