Tenaga yang dihasilkan agak berbeza walaupun jumlah hampir sama. Tenaga apa?
Saya bicara pasal tenaga aura diri. Ya, setiap kita boleh menghasilkan tenaga yang terbentuk daripada aura diri yang kita hasilkan.
Minggu lepas saya berkesempatan mengendalikan dua program untuk dua kelompok yang berbeza. Satu baru nak mula dan satu lagi sudah hampir tamat.
Kelompok yang baru nak mula menghasilkan tenaga aura diri yang agak lemah. Sebaliknya kelompok yang sudah semakin tamat menghasilkan tenaga aura diri yang kuat. Siapa mereka dan kenapa?
Kelompok baru nak mula ialah kumpulan graduan sebuah universiti tempatan yang baru saja menamatkan pengajian dan dalam rangka mencari kerja. Seorang dua dah ada yang dapat kerja dan yang lain baru nak cari. Tenaga aura diri yang mereka hasilkan agak lemah. Kenapa agaknya? Tekaan saya mudah, mereka bimbang. Bimbang pasal apa?
Sebaliknya, kelompok kedua pula ialah sekumpulan warga kerja sebuah jabatan kerajaan yang sedang dalam proses persaraan. Rata-rata mereka berusia 56 tahun ke atas dan ada beberapa orang telahpun bersara. Ya, tenaga aura diri mereka kuat. Kenapa pulak ya?
Yang baru nak mula bimbang tak mampu nak bersaing dan sekaligus meletakkan halangan besar utk mereka mendapat kerja dalam tempoh terdekat.
Mereka ragu-ragu. Kurang kenal diri sendiri. Bila diminta menulis 3 perkara tentang diri sendiri pun mereka teragak-agak. Bukan semua, tapi ramai. Ini secara langsung memberi gambaran 'status minda' mereka. Status minda memberi kesan kepada aura diri dan aura diri menghasilkan tenaga, kuat (positif) atau lemah (negatif). Nak cari kerja kita kenal hasilkan tenaga aura diri yang kuat. Baru majikan teruja nak ambil kita. kalau tidak tidak ada sesiapa yang berminat.
Kelompok kedua pula menghasilkan tenaga yang kuat kerana rata-rata mereka gembira. Gembira bukan kerana dah nak bersara tapi gembira kerana lebih kenal diri mereka yang sebenar. Bersedia atau tidak kita untuk bersara atau mendepani hari tua adalah sejauh mana kita mengenali diri kita sendiri. Ada orang yang tak kenal diri sendiri, dah tua-tua pun masih tak sedar diri. Lagak seperti orang muda. Na'uzubillah.
Apa-apa pun untuk berjaya dalam hidup ini syarat pertama, kedua, ketiga dan terakhir ialah kita kenal siapa diri kita yang sebenar. Tanya soalan ini; "Saya kenal diri saya tak?". setiap hari tanya diri kita soalan ini.
Kenal diri kita bermakna kita semakin kenal siapa pencipta kita. Tak kenal pencipta bermakna sia-sialah kita hidup di dunia ini. Semoga kita lebih kenal diri selepas ini. Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment