Hari ini hampir semua surat khabar papar foto wajah dan rumah Dr. Mohamad Khir Toyo, mantan Menteri Besar Selangor. Apa lagi kalau bukan pasal isu harga rumahnya yang berjuta-juta. Rasa-rasa kalau harga rumahnya macam harga rumah murah yang sekitar tak lebih RM50 ribu, jadi isu tak?
Bicara soal RASUAH, biar RM10 sekalipun ia tetap rasuah. Perkara dah terjadi maka kita tunggu sahajalah apa mahkamah nak kata. Yang pasti, tertuduh adalah tidak bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah! Maka, nasihat saya kepada semua janganlah melulu membuat keputusan sendiri. Yang benar pasti akan tersingkap.
Itulah motivasi, ia umpama minyak tanah yang menyalakan pelita. Ia akan menjadi tenaga yang akan menggerakkan anda. Samada anda bergerak ke kanan atau ke kiri, motivasi tidak peduli yang penting ia menggerakkan anda.
Oleh itu, hati-hati dalam memilih motivasi anda. Cuba bayangkan perompak dan peragut, apa motivasi mereka untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Jangan kata mereka tiada motivasi! Mereka sangat bermotivasi dan itulah sebabnya mereka berani mengambil segala risiko.
Hati-hati dengan motivasi kerana ia akan menjadikan anda berani mengambil risiko. Soalnya risiko apa yang mahu anda ambil, yang berbaloi atau yang sia-sia dan menjahanamkan?
Pastikan apa yang anda fikir, rasa dan buat adalah sejajar dengan kewarasan anda sebagai manusia yang dijadikan sebagai sebaik-baik makhluk. Apatah lagi jika anda seorang yang bergelar muslim. Malu agama kerana kita. Cukup-cukuplah... agama kita dah puas dimalukan dek kerana perangai kita.
Apa yang anda buat adalah hasil apa yang anda rasa dan apa yang anda rasa adalah hasil apa yang anda fikir pada masa itu. Jika tersilap apa yang anda fikir maka risikonya silaplah juga apa yang anda rasa dan bakal buat. Itu sebab tok nenek kita dah ajar sejak dulu lagi sesal dulu pendapatan sesal kemudian rugi.
Moga-moga cerita Dr. Khir ini boleh menjadi motivasi kepada sesiapa sahaja yang ada berputik dalam hati untuk bercinta dengan RASUAH untuk fikir, rasa dan buat perkara yang betul-betul betul.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment