Bengkel Peningkatan Hasil Padi...? Eh..E u tau apa pasal padi nak bagi talk dalam bengkel tu? Tanya seorang rakan baru-baru ini apabila dia mengetahui saya dijemput oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor untuk bersama menjayakan bengkel tersebut pada penghujung 2010 yang lalu.
Memanglah aku tak berapa tahu tentang padi sebab itu bukan bidang aku... tapi yang pasti kita di Malaysia ni perlu padi setiap hari! Betul tak?
Bendang, sekolah, syarikat, bisnes, universiti, masjid semuanya adalah medan untuk kita. Medan untuk menterjemah apa yang kita tahu. Medan untuk kita buat apa yang kita tahu, Medan tempat kita berikan yang terbaik daripada apa yang kita ada.
Satu pengalaman unik dan menarik apabila saya berpeluang bersua dan berkongsi pengalaman dengan para petani yang majoritinya mengusahakan sawah padi di daerah Kuala Selangor, tiada beza sebenarnya antara pesawah dengan pegawai. Sama sahaja!
Sama macam mana? Mudah! Siapa mahukan yang terbaik akan berikan yang terbaik dan semestinyalah dia menjadi dan melakukan yang terbaik.
Saya berkongsi formula sukses oleh Brad Sugars (motivator jutawan antarabangsa) dengan mereka iaitu BE x DO = HAVE. Untuk memiliki yang terbaik, sebagai contoh hasil padi yang terbaik, kita perlu buat atau lakukan apa yang sepatutnya dengan cara yang terbaik. Dan sebelum itu kita perlulah menjadi diri kita yang terbaik! kalau pesawah, pesawah terbaik, kalau pegawai, pegawai terbaik!
Terima kasih daun keladi kepada JPNS khususnya kepada Alumni AsasInsan Pn. Helaliah dan semua peserta bengkel tempoh hari. Semoga ukhwah kita berkekalan. Jemputlah sertai Seminar Mak Ayah Sayang Kamu.. hujung bulan Mac ini... Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment