Pages

Tuesday, December 7, 2010

Che E Jawab

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan motivasi diri dan memerlukan pandangan Che E, anda dialu-alukan untuk mengajukannya dalam ruangan ini. Che E akan berusaha memberikan pandangan, saranan atau cadangan seringkas dan sepadat mungkin agar ia dapat menjadi panduan kepada anda yang bertanya dan sesiapa jua yang berkunjung ke blog ini.

Cabaran yang anda hadapi mungkin sama dengan cabaran 1000 orang yang lain di luar sana. Itulah sebabnya ruangan soal jawab, dalam surat khabar sebagai contoh, hanya siar 1 - 3 soalan sahaja setiap kali siaran. Bermakna dengan bertanya soalan untuk mencari solusi bagi menangani isu yang anda sedang hadapi, anda juga sebenarnya adalah penyelesai dan penyelamat kepada 1000 orang yang lain (mahkamah pun guna kaedah sama dan ia dipanggil judicial precedent). Wow!

Ada isu? Anda boleh ajukan dalam blog ini dengan taipkannya dalam ruangan komen di bawah. Atau, emel kepada Che E ke alamat emel berikut:


Syarat-syarat pertanyaan melalui E-MEL:-

  1. Soalan mestilah berkaitan motivasi pembangunan diri
  2. Disertakan maklumat diri
    1. Nama penuh (jangan lupa nyatakan samada anda izin nama anda disiarkan ataupun tidak)
    2. Jantina & umur
    3. Status (bujang, berkahwin, janda atau duda)
    4. Pekerjaan (pelajar, suri rumah, profesional, atau lain-lain)

Untuk pertanyaan melalui emel yang didapati sesuai, kami akan siarkan dalam blog ini untuk faedah 1000 pembaca yang lain. Sila berikan indikasi anda; setuju atau tidak. Jika tidak setuju disiarkan, kami tidak akan siar.

Kami amat menitik beratkan polisi kerahsiaan. Terbaik mungkin kami berusaha untuk melindungi identiti dan maklumat diri anda untuk manfaat dan kesejahteraan bersama.

Untuk rakan pengunjung blog ini yang sudi membantu, bolehlah berikan kata-kata semangat, pujian, rangsangan, komen membina atau contoh daripada pengalaman sendiri. Semoga mereka yang bertanya menemui arah terbaik yang patut mereka jejaki. Insya Allah.

1 comment: