Pages

Tuesday, October 26, 2010

Kereta siapa lagi besar?

Setelah hampir siap, mereka berdua letakkan kembali tikar getah pengalas kaki di tempat sepatutnya. Tidak semena-mena, tuan punya kereta marah, meninggi suara dan terus memaki-maki dua orang pekerja Bangladesh tersebut dengan beberapa perkataan yang saya fikir tidak wajar langsung disebut.
Alasan dia mengamuk ialah 2 orang tersebut salah letak tikar getah alas kakinya. Yang sebelah kiri ke kanan, yang depan ke belakang dan begitulah sebaliknya. Saya perhatikan apa yang berlaku dari awal sehingga akhir. Dua orang pekerja tadi hanya terkebil-kebil sambil sedikit tersenyum tanpa berkata apa-apa. Saya fikir, mungkin juga mereka tidak faham ‘perkataan-perkataan indah’ yang disebut oleh tuan punya kereta besar itu.
Setelah puas dia melampiaskan nafsu amarahnya dia pun membayar, RM10 iaitu caj khidmat cuci keretanya luar dan dalam, dan beredar pergi. Dalam benak fikir saya, agaknya dia merasakan RM10 itu terlalu besar. Besar sangat! Sebesar keretanya mungkin.
Setelah dia berlalu pergi, dua orang pekerja tersebut bergegas menyiapkan kereta saya pula yang sudah hampir siap tanpa mempedulikan pelanggan pertama tadi berlalu pergi. Tiada kata-kata terima kasih mengiringi pemergiannya.
Dengan bersungguh-sungguh mereka mengelap, vakum dan menyusun tikar getah alas kaki. Setelah selesai, dengan senyuman lebar mereka memberitahu saya “Siap Bos!”. Saya terus membayar kosnya, sama, RM10. Tanpa diminta-minta apatah lagi diherdik-herdik, mereka bukakan pintu untuk saya, ucapkan “Assalamualaikum dan terima kasih bos” dan mengangkat tangan melambai ke arah saya yang faham maksudnya ialah terima kasih banyak-banyak dan jangan lupa datang lagi. Dan sebenarnya setiap kali saya dapatkan khidmat mereka, begitulah cara mereka melayan saya.
Kemudian saya fikir lagi, kenapa dua orang pekerja Bangladesh tersebut bukakan pintu, ucap salam dan terima kasih dan melambai tangan kepada saya dan tidak kepada orang sebelum saya, sedangkan nilai wang yang saya bayar sama sahaja iaitu RM10!
Adakah kerana nilai kereta saya yang jauh lebih besar, atau nilai diri saya?
PROMO SHOOTING SSV 2010

No comments:

Post a Comment