Pages

Monday, November 22, 2010

Allah tahu ke kedai laptop tu?

Semalam masa saya tgh sibuk menghadap kerja-kerja yg tak pernah habis dlm laptop saya ni, anak saya Fatimah Zulaikha yg bakal jadi kakak dlm beberapa hari lagi, insyaAllah, tiba-tiba merengek minta saya belikan dia laptop. Dia nak laptop sama macam saya punya.

Anak zaman sekarang, umur 5 tahun dah pandai minta laptop. Saya pertama kali sentuh keyboard komputer masa tingkatan 4.


Lantas saya respon dlm nada sedikit menguji, "Ayah tengok Fatimah tak rajin solat pun, macam mana nak dapat laptop?" Dia terus menjawab, "tak payah solat, ayah beli jer terus kat kedai tu..."

Saya tak mengalah dan terus menguji, "Ayah dapat laptop ni sebab ayah solat dan ayah berdoa minta kepada Allah." Dia kelihatan terpinga-pinga.

Selepas diam seketika, tiba-tiba dia bertanya, "Allah tahu ke kedai laptop tu kat mana?" Isteri saya yg sedang duduk tersandar di kerusi sofa turut tergelak dan terus menyampuk, "Hah, pandai-pandailah awak cover.."

Dan saya jawab.."Allah tahu semuanya nak. Apa yg kita minta semua Allah akan bagi. Tapi dengan syarat kita mesti rajin solat. Cuba tengok, kakak-kakak rajin solat. Jadi Fatimah kenalah rajin solat dan minta doa banyak2 kepada Allah supaya nanti ayah makin rajin kerja, banyak program dan banyak duit. Bila banyak duit bolehlah ayah belikan laptop sama macam ni. Boleh tak?"

"Boleh! Fatimah pergi solat dulu yer yah." Dia segera bertindak!

Moralnya di sini... sesuaikan cara, lenggok bahasa, pilihan perkataan, intonasi suara dan kelogikan mengikut tahap mad'u (audience). Anda akan jadi pembicara yang luar biasa! InsyaAllah.

1 comment:

  1. inilah anak2 zaman millenium..hu3.
    sy sendiri pun sampai la ni..x dpt laptop.
    sbb kat rumah dh de komputer org bg.he3
    moga Abg E trus sukses dgn kerjaya Abg E skrg.
    moga kita bertemu lg di lain kali..
    sampaikan salam saya pd kak reen..

    ReplyDelete