Pages

Monday, September 20, 2010

Salahkah aku jadi yang paling bersyukur?

"Ayah nak jual ke barang-barang ni?" tanya anak kecil saya Fatimah, 5 tahun apabila dia nampak saya menyusun beberapa barang lama di luar rumah. Sebenarnya barang2 tersebut dah samapai masa ditamatkan perkhidmatannya kerana dah 'season' dan ada yang rosak. "Tak... ayah nak buang... Kalau nak jual kita tak boleh jual barang rosak. barang lama kita boleh jual tapi barang rosak tak boleh dan orang pun tak mahu..." saya menjelaskan sambil menanam nilai. Anak-anak saya cukup tahu saya kerap jual suratkhabar lama, majalah lama dan kertas recycle pejabat saya.

Sesampainya saya di rumah tong sampah besar berdekatan dengan deretan kedai berhampiran kediaman saya, saya pun menurunkan satu-persatu barang-barang lama yang hendak dibuang itu. Saya buang, letak dan ada yang saya campak saja tepat masuk ke dalam tong sampah besar yang ada di situ.

Tiba-tiba seorang ibu, saya percaya, bersama tiga orang anak muncul entah dari mana. Mengutip balik barang-barang yang campak tadi. "Dik basikal dik.. elok lagi ni kira repair sikit-sikit..." si adik kecil yang mungkin 4 atau 5 tahun usianya terus menunggang basikal yang dah tak cukup sifat itu dan riak wajahnya saling tak tumpah seperti riak wajah anak-anak saya sewaktu mereka dapat basikal baru masing-masing minggu lepas! Saya tergamam! satu persatu dan semua barang yang pada awalnya saya rasa dah tak ada siapa lagi yang mahu, dikutip, diambil dan dibelek-belek insan 4 beranak tersebut.

Mereka tak minta izin daripada saya untuk ambil barang-barang itu sebab ia dah pun menjadi 'sampah'. sampah milik siapa sahaja bahkan tiada pun yang mahu memiliki sampah. Tapi si ibu tetap berkata pada saya "Terima kasih nak ya..."

Saya tidak menjawab, terus masuk ke dalam kereta dan meluru pergi tanpa menoleh ke arah mereka. Saya malu....

Tatkala Nabi Muhammad saw ditanya oleh isterinya kenapa dia masih bersolat sehingga bengkak-bengkak kaki sedangkan dia seorang Rasul dan telah dijanjikan syurga oleh Allah swt, Nabi menjawab mudah "Salahkah aku menjadi hambaNya yang paling bersyukur?"

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment