Pages

Friday, September 17, 2010

Dah lama rupanya...

Allahu akbar!

Rupanya dah lama saya tak update blog sendiri. Biasalah, alasan? Busy! Itulah kita manusia, masa yang kita ada sebenarnya sama sahaja. Yang membezakan antara saya, tuan-tuan dan rakan-rakan semua ialah bagaimana kita gunakan masa yang ada.

Sehingga Allah swt gerakkan hati, data dalam neuron (buah fikir) dan tangan saya ini rupanya dah banyak tempat yg saya lawati utk urusan program. Yang terakhir saya komen ialah program di MRSM Mersing. Sedangkan selepas itu saya dah pun pergi ke MRSM Kota Putra, Besut, NazaKia Akademy Gurun, PPD Kuala Pilah, SMV Nibong Tebal, P. Pinang, PULAPOL Jempol, Hospital SNZ K. Terengganu, Petronas MTBE Gebeng, Kuantan, SMK Pulau Sebang, Alor Gajah dan beberapa tempat lagi. Masya Allah...

Dalam pada itu, dah macam-macam peristiwa yang kita lalui. Dari peristiwa harga minyak dan gula naik sehinggalah kes pembunuhan tragis jutawan wanita dan kawan2nya beberapa hari sebelum Eidul Fitri. Ya Allah, sesungguhnya tidaklah Engkau jadikan semua ini sia-sia. Saya yakin.

Salam Eidul Fitri. Mohon diampunkan segala yang terlanjur dalam bicara mahupun perbuatan.

No comments:

Post a Comment