Pages

Thursday, June 24, 2010

AKU HEBAT!









Apa yang anda rasa dalam 4 ujian pada hari pertama kem itu hari? Ikan Angin, Gayung Bocor, Seruling Gergasi dan Bola Terbang. Apa sebenarnya yang Abg. E mahu adik-adik mengerti daripada aktiviti-aktiviti tersebut.

Alhamdulillah, semua dpt 'tangkap' moral utama aktiviti-aktiviti tersebut iaitu Keyakinan Diri. Biar macam mana hebat strategi dan persediaan kita dalam menghadapi sesuatu cabaran, jika kita kurang keyakinan dengan kemampuan kita maka, hasilnya boleh jadi sangat mengecewakan. Tengok saja cara kalian menjala ikan itu hari...

Satu perkara lagi yang wajar diambil perhatian ialah perasaan yang kita alami apabila tidak berjaya menamatkan aktiviti dengan jayanya. Tiada ikan yang terjala, semua gayung bocor, seruling tidak berfungsi dan semua bola pecah! KECEWA bukan?

Itulah perasaan yang bakal dirasai oleh mereka yang gagal mencapai target dalam apa jua cabaran termasuklah exam spt PMR nanti.

Jadi, mudah sahaja, kalau kita tidak mahu kecewa pada bulan Disember nanti apabila keputusan PMR diumumkan, maka mulai sekarang jangan biarkan satu hari berlalu dengan begitu sahaja. Lakukan sesuatu yang boleh mengelakkan kekecewaan di kemudian hari.

Ingat pesanan En. Aziz (HEA), jika sebelum ini tiada MRSM yang berjaya mencatat 100% semua A dalam PMR, apakah yang menghalang kita untuk menjadi yang pertama mencapainya?

Abg. E sangat yakin dengan rahsia the Magic of the Brain yang telah dikongsikan itu hari, tiada lagi yang mustahil utk kalian buktikan. Insya Allah. Jangan sekali-kali lupa, kalian HEBAT!

BEST OF LUCK!!!

No comments:

Post a Comment