Pages

Tuesday, September 21, 2010

Kita Rahmat atau Musibah?

Tuan-tuan dan puan-puan,

Nabi saw diutuskan sbg rahmat ke seluruh alam. Maknanya segala-gala di atas muka bumi mendapat rahmat dgn terutusnya baginda. Bukan sekadar kita yang bernama muslim tetapi semua manusia. Bukan sekadar kita yang bernama manusia tetapi semua makhluk. Mendapat rahmat.


Sbg seorang yg mencintai Rasulullah saw, antara perkara yg kita boleh lakukan ialah mengamalkan sunnahnya. amalkanlah sebarapa banyak yg boleh. Sekecil mana sunnah yg kita amalkan pasti ganjaran pahala di sisi Allah swt.

Maknanya apabila kita mengamalkan sunnah Nabi saw, kita mengikuti jejak langkahnya. oleh itu, saya ingin mengajak kita semua berfikir sedikit...

Jika Baginda (saw) diutus membawa rahmat ke seluruh alam, maka jika kita yg mengamalkan sunnahnya juga seharusnya membawa menifestasi 'rahmat' kpd seluruh alam. Jadi mari kita fikir hari ini adakah kita setakat hari ini benar-benar membawa rahmat (menyenangkan orang/makhluk lain) atau menyusahkan/menjadi perosak/beban kepada orang/makhluk lain...?

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment