Pages

Wednesday, February 10, 2010

Jangan sempitkan dunia ini...

Kelihatan Aizat seperti 'berguru' sesuatu dengan Che E..

How to make sure you are hired and the rest are fired!

Gaya seorang MC merangkap Ketua Pembangkang

Kelihatan seperti mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku...

Seronok dapat salam kawan.

Show me the evidence!

Gaya tersendiri Nabil sewaktu promosi...

Bagai tidak percaya dengan apa yang ku lihat..!

Jangan sempitkan dunia ini...

Kali ini, mereka tidak lagi menyanyikan lagu Negaraku...

Aizat, Nabil, Hamdan, kalian berpotensi besar! Jangan sempitkan dunia kita yang luas ini dengan minda kita. Ada orang yang duduk di tempat yang zahirnya sempit, penjara, tetapi mereka berjaya melakukan sesuatu yang amat besar, merubah corak fikir warga dunia. Cuba cari siapa?

Alhamdulillah, di kala kebanyakan universiti dan jabatan kerajaan dihambat fenomema ‘bajet potong’ kita berjaya juga melaksanakan amanah mengendalikan Bengkel Perancangan Kerjaya; SureHIRED! di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) pada 6 Februari yang lepas. Tahniah kepada Puan Rosni dan krew-krew Unit Kaunseling dan Kerjaya UDM.

“Mm..m..m, universiti mana tadi?” Anda semua tersengeh apabila saya melakon watak situasi temuduga yang kononnya dihadiri oleh calon-calon dari UM, UKM, UIAM dan UDM. Rata-rata merasa ‘marah, malu dan agak terhina’ apabila orang memberi isyarat seolah-olah tidak mengenali universiti anda, UDM.

Bukan universiti, bukan CGPA dan bukan juga rupa paras (melainkan anda bercita-cita menggantikan Fahrin Ahmad) yang menjadi faktor penentu kejayaan anda dalam mendapat kerja setelah tamat pengajian kelak. Semua bergantung sepenuhnya kepada perancangan dan persediaan yang anda buat.

Saya agak terkedu tetapi tidak hairan apabila majoriti mengangkat tangan kanan untuk soalan saya “Siapa yang melihat dirinya akan berkerja dengan kerajaan selepas tamat pengajian nanti?”

Saya juga tidak hairan apabila jawapan popular yang diberikan kenapa pilih sektor awam ialah, TERJAMIN! Inilah yang saya maksudkan dalam perenggan pertama di atas, mengecilkan saiz dunia dengan minda kita.

Bagi saya perancangan kerjaya bukanlah satu perkara yang terlalu akademik dan sukar untuk dibuat. Jika anda mahu buat kuih cucur maka sediakanlah ramuan yang sepatutnya dan pelajari cara-cara membuatnya. Apabila semua cukup, buat!

Namun begitu, walaupun ia sesuatu yang mudah, majoriti mahasiswa masih terkeliru.

Kita ambil contoh seorang mahasiswa yang bercita-cita menjadi guru. Apakah perancangan dan persediaan beliau untuk menjadi guru? Menjadi seorang guru memerlukan kemahiran yang tinggi. Beliau sepatutnya membuka mata seluas-luas untuk mengenali profesyen perguruan dari sudut jawatan, tugasan, prospek masa depan, kemahiran dan cabaran.

Tidak salah rasanya jika saya katakan punca ramai guru hari ini gagal berfungsi dengan baik dan berkesan sebagai guru kerana mereka gagal bersedia dengan betul untuk menjadi guru walaupun mereka mempunyai kelulusan dalam pendidikan. Kelulusan akademik dan persediaan kendiri adalah dua perkara yang bercabang simpang. Ini hakikat. Samalah juga dalam bidang kerjaya yang lain.

Maka, tempoh masa belajar di universiti patut dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk menimba bukan sahaja ilmu akademik di atas kertas tetapi ilmu dalam bentuk pengalaman. Pelajari cara-cara terbaik berhubungan dengan orang lain, rakan-rakan, pensyarah, pegawai universiti, orang atas universiti, pegawai agensi-agensi kerajaan dan korporat di luar kampus, wakil-akil rakyat dan menteri. Anda mahasiswa, suara anda di dengar. Anda tidak perlu takut. Kerana takut akan hanya menjadikan anda kecil dan tidak bernilai.

Itulah sebabnya saya minta anda semua mengupas 13 kemahiran eksekutif secara berkumpulan. Daripada hasil yang dibentangkan kesimpulan yang boleh saya buat ialah anda masih belum menjadi mahasiswa yang sebenar. Idea-idea kalian masih terkekang dan belum bebas. Saya amat yakin jika anda kenal siapa mahasiswa yang sebenar kalian boleh buat jauh lebih hebat daripada tempoh hari.

Beberapa orang yang saya berikan tag senyum berwarna kuning saya berpandangan mereka ini ada potensi besar. Persoalannya kenapa hanya beberapa orang sedangkan hari itu ada lebih 150 orang!

Sekali lagi saya berpesan, jangan takut menjadi mahasiswa dan banyakkan membaca. Anda tidak perlu menjadi mahasiswa jika anda tidak mahu membaca. Jutawan hartanah Azizi Ali apabila ditanya apakah tip paling mudah untuk menjadi jutawan, beliau menjawab ringkas, banyakkan membaca.

Jom jadi mahasiswa hebat, banggakan UDM! …Bye-bye!

Che E: Teruja nak tengok gelagat mahasiswa UMP pulak!

1 comment:

  1. salam...TERIMA KASIH atas ilmu baru yang disampaikan..semoga saya akan berpeluang menyertai program-program motivasi seperti ini.

    ReplyDelete