Pages

Wednesday, February 10, 2010

Hubungan ikhlas tingkatkan estim diri




Reaksi spontan Kak Bidayah & Kak Zah setelah 20 tahun tak jumpa.

Berikan tumpuan apabila berinteraksi. Nama ingat tapi rupa lupa.

Sesi dikendalikan dalam bentuk diskusi. 

Barisan Bos-Bos Hebat!

Buangkan segala yang membebankan....

En. Fauzi berjaya menggamatkan suasana. En Razak tergamam!

Orang kata, orang perempuan dan Sale tak boleh dipisahkan, betul ke?

Siapa yang lead ni, En. Fauzi ke Kak Zainab?

Tadaa... Senyuman En. Fauzi Ghani memikat!

Spot the difference, please...

Teringat zaman muda-mudalah tu...

Terima kasih kerana menyertai. Semoga ukhwah berkekalan. Amin

Minggu lepas saya ‘puas’ mengendalikan satu bengkel motivasi peningkatan profesionalisme bertajuk Tingkatkan Interaksi Estim Diri; Tip Mudah Untuk Ketua di Puri Pujangga UKM, Bangi. Lebih 20 orang peserta dari pelbagai organisasi hadir.

Falsafah bengkel ini sangat mudah. Percayalah bahawa interaksi akan meningkatkan kualiti hubungan sesama manusia. Menurut Dale Carnegie dalam membina hubungan sesama manusia kita hendaklah sentiasa sedar bahawa orang lain akan sentiasa berfikir apakah yang terbaik untuk dirinya yang bakal dia perolehi dalam membina hubungan dengan kita.

Bayangkan hari ini hari pertama anda melapor diri sebagai ketua jabatan di sebuah jabatan baru. Pada saat pertama anda bertemu dengan sesiapa sahaja kakitangan di pejabat baru anda, tanpa anda sedari anda sebenarnya ‘sedang berfikir’ apa yang terbaik untuk diri anda dalam membina hubungan dengan mereka ini?

Anda tidak perlu risau sebab berapa ramai pun kakitangan di pejabat baru anda itu, mereka juga memikirkan perkara yang sama ‘apakah yang terbaik untuk diri mereka dalam membina hubungan dengan anda sebagai bos yang baru’.

Semua ‘fikiran’ ini berlaku dalam fikiran bawah sedar kita. Itulah sebabnya saya selalu tegaskan bahawa untuk menjadi hebat kita perlu manfaatkan potensi hebat minda bawah sedar. Bagaimana dalam hal membina hubungan ini?

Mudah sahaja. Bagi peserta-peserta bengkel tempoh hari, sahabat-sahabat sekalian boleh buat sedikit ulangkaji dengan membuka muka surat 16 manual masing-masing, ada jawapan di situ. Harap-harap kalian masih menyimpan manual masing-masing…

Untuk yang lain, caranya begini. JANGAN PENTING DIRI! Jika ini sikap anda bermakna anda sedang berkata YA atau 100% bersetuju dengan minda bawah sedar anda! Anda tidak akan menjadi orang yang hebat dalam hubungan dengan orang lain. Orang akan meluat dengan anda dari saat pertama perhubungan lagi.

Sekarang terbalikkannya (orang putih kata REVERSE!) Di saat anda menghulur tangan untuk berjabat atau melempar senyuman isyarat memulakan hubungan, dengan sesiapa sahaja, fikirkan dan beri jawapan kepada apa yang sedang mereka fikirkan! Apa yang sedang mereka fikirkan? Jawapan ada di peranggan 4 di atas.

Itulah sebabnya, dalam bengkel tempoh hari saya mulakan dengan sebuah kotak. Sebenarnya apa yang saya buat ialah membantu rakan-rakan peserta semua untuk REVERSE minda bawah sedar agar kita tidak penting diri dalam memulakan hubungan dengan orang lain dalam program itu.

Hasilnya, semua gembira dan tiada prasangka. Buktinya, lihatlah pelbagai aktiviti yang kita buat semuanya berjalan lancar kerana semua terlibat, sedia menyumbang sesuatu dan tidak berkira, walaupun kita berbeza organisasi dan pangkat.

Terlanjur bercerita pasal aktiviti, saya suka aktiviti ‘Persona’. Semua sudah tukar…, En. Razak nampak ‘cun’, Tuan Haji nampak ‘cute’, Kak Zainab nampak ‘handsome’ berjambang, Hafiz tetap nampak gagah walau bergincu merah. Namun, atas sebab-sebab keselamatan, gambar-gambar aktiviti ini tidak boleh ditayang dalam blog ini. Ini rahsia kita ‘adik-beradik’ sahaja….

Cuma satu, mungkin sebab terlalu seronok, kalian semua tertinggal sesuatu semasa balik. Demi menjaga hubungan saya dengan sahabat-sahabat baru, saya telah minta krew saya bawa balik dan simpan semuanya di pejabat saya. Jika rakan-rakan sekalian ada kelapangan bolehlah singgah di pejabat saya untuk mengambilnya. Apa bendanya? Limau, Manual, Paper bag? Bukan. Kalian letak di dalam kotak.

Terima kasih banyak2… Jumpa lagi dan segarkan interaksi!

2 comments:

  1. Che E kami bukan lupe untuk mengambil ape yang telah kami simpan dalam kotak itu..cumenye memang kami sengaja tak mau ambil ape yg ade dalam kotak itu kerana kami rase selepas kursus estim diri nie kami sudah "bertukar" menjadi orang yg lain dari ape yang kami letak dalam kotak itu..hahaha...yg biru dah tukar jadi jingga, yang hijau dah tukar jadi emas.....apa-apa pun thank for the knowledge..really appreciate and release our tension....Shiqin KUIS

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dan tahniah, satu permulaan yang hebat. InsyaAllah KUIS akan jadi lebih hebat dgn kehadiran insan seperti anda, Shiqin. Jazakallah

    ReplyDelete