MUNGKIN ANDA
Anda seorang yang berpengetahuan, bersemangat dan berkebolehan mempengaruhi orang lain melalui tutur bicara yang meyakinkan? Anda mungkin bakal motivator yang kami cari!
Anda mungkin tahu Datuk Dr. Fadhilah Kamsah, Dr. H. M. Tuah, Dr. Muhaya dan ramai lagi motivator tersohor. Apakah satu kemahiran teras yang mereka kongsi bersama? Jika anda ingin menjadi seperti mereka, inilah soalan yang perlu anda jawab dengan tepat.
SENI
Kemahiran dan seni dalam berbicara amat signifikan bagi seseorang motivator. Bagi sesetengah orang ia adalah anugerah dan yang lain ia diperolehi selepas latihan berterusan. Ia tiada beza!
Minat yang mendalam, keinginan yang tinggi untuk membantu orang lain dan berdaya tahan tinggi adalah ciri-ciri utama diri anda yang kami cari.
Berdiri 8 jam atau lebih tanpa henti sambil melontar suara pelbagai intonasi. Menyampaikan ilmu dan maklumat yang tepat serta diwarnai dengan kemahiran menceriakan khalayak pendengar. Itulah antara cabaran seorang motivator. Justeru, hanya yang berdaya tahan kami perlukan.
Menjadi seorang motivator tidak memadai sekadar pandai berbicara di hadapan orang ramai. Sesiapa pun boleh ‘cakap depan’ dengan sedikit latihan. Tetapi kemahiran sebenar ialah mengolah idea-idea bernas dengan penstrukturan maklumat yang tepat untuk disampaikan dengan berkesan agar penyampaian benar-benar mempengaruhi khalayak pendengar.
BELAJAR
Berhadapan dengan pelbagai kelompok khalayak dari golongan remaja sehinggalah golongan bijak pandai dewasa memerlukan tahap kemahiran dan seni yang tinggi. Ia bukanlah masalah. Memang ia sukar. Tetapi dengan keyakinan, kemahuan dan kesungguhan belajar untuk menjadi motivator yang terbaik (di kalangan yang terbaik) ia bukan suatu yang mustahil untuk dilakukan.
AMANAH
Menyampaikan yang benar adalah tugas hakiki motivator. Motivator memikul amanah melaksanakan pesanan Rasulullah SAW, “Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.” Masyarakat berhak memiliki motivator yang terbaik sahaja. Motivator adalah Da’ie. Kenapa tidak anda menyahut cabaran ini!
HANTARKAN RESUME ANDA HARI INI. Dengan bernas ‘ceritakan’ siapa anda dan kenapa motivator adalah kerjaya pilihan anda. Inilah laluan anda menyertai pasukan motivator kami dan berpeluang mengendalikan pelbagai bentuk program motivasi dan latihan di seluruh negara.
Anda Berani Anda Dapat! Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita. Amin
1. Terbuka kepada lelaki dan wanita berusia tidak lebih 30 tahun
2. Kelulusan minima ijazah dalam sebarang bidang
3. Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik
4. Pengetahuan agama yang baik dan mahir membaca Al Quran
5. Temuduga akan dibuat secara teori dan simulasi
6. Sila sediakan 'talking points' dan slides untuk durasi 3 minit
7. Audien simulasi anda ialah 50 orang eksekutif kanan
8. Tajuk penyampaian adalah bebas
Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2012
Hantarkan resemu lengkap ke beourteamairt@gamil.com
HANYA YANG LAYAK AKAN KAMI HUBUNGI.
Terima kasih.
Unit Pentadbiran & Sumber Manusia
ASASINSAN RESOURCES & TRAINING
TEL: 03-8922 2934
No comments:
Post a Comment