Pages

Thursday, October 20, 2011

Tahniah...

Alasan, alasan dan alasan. Itulah yang selalu kita berikan untuk menjustifikasi apa yang kita buat atau apa yang kita tidak buat. Sama jugalah dgn saya. Kalau saya kata ketiadaan masa utk kemaskini blog ini, ia tetap satu alasan. Jadi sy tak mahu bg alasan tapi terus sahaja menulis apa yg terlintas di benak fikir ini.

Sblm cerita panjang sy nak ucapkan setinggi tahniah kpd bbrp orang ahli keluarga kerja AsasInsan. Mereka ini orang-orang kuat sy. Klu takde mereka sy tak pasti bagaimana keadaan sy. Pertama tahniah kpd Pn. Zamin dan suaminya Bro. Azrul atas kelahiran cahaya mata sulung mereka. Dengarnyer tahnik dgn Ust Harun Din, tahniah lagi sekali. Semoga hidup anda bertiga sentiasa ceria, bahagia dan yg paling penting penuh rahmah Allah berkat kegigihan menanggung payah mengandungkan si kecil yg comel itu berbulan lamanya. Tahniah. Enjoy your baby!

Kedua, tahniah sy terbang mencari jejaka termuda di AsasInsan selepas sy... Bro. Reffi Hidayat atas kejayaannya menamatkan pengajian tingginya. Konvo di Putrajaya pasti satu kenangan indah. Bukan senang nak konvo di situ. Semoga kejayaan itu menjadi pencetus kpd lebih byk kejayaan lain slps ini. InsyaAllah.

Ketiga, tahniah kpd 4 org Fasilitator Pelatih AsasInsan yg berjaya terpilih mengikuti Siri Latihan Fasilitator AsasInsan (LAFAS SPT 1). Sy pun blum sempat menemui mereka, tapi nama sy dah tahu Bro Firdaus, Bro Hasbi, Bro Syafiq dan Sis Jun. Sy harap kehadiran anda dlm keluarga AsasInsan akan menambah ceria, tenaga dan aura AsasInsan dlm memberikan yg terbaik utk ummah. InsyaAllah. P/S jgn lupa sesi latihan pertama 23 Oketober 2011 ini, jumpa di sana...

Keempat, tahniah kpd Sis Siti Aishah yg merupakan ahli keluarga baru AsasInsan. Diharap tenaga dan idea muda anda akan dpt membantu AsasInsan menjadi lebih efektif slps ini. Ini masa utk belajar. Belajar sebanyak mungkin sehingga anda menjadi PAKAR ssatu hari nanti. Insya Allah. Terima kasih krn memilih AsasInsan sebagai tapak pertama kehidupan kerjaya anda.

Tiba-tiba terasa ramai pulak yg perlu diucapkan tahniah. Jd sy ringkaskan TAHNIAH kpd semua yg mengenali sy.

2 comments:

  1. alasan adalah alasan, kadangkala alasan juga penyelamat keadaan dan penyelesaian..kita sering menyalahkan alasan menjadi punca serta asbab kita tidak dapat menyempurnakan sesuatu tugas serta perkara sehingga kita lupa bahawa alasan juga banyak membantu kita untuk lebih berhati-hati dalam melakukan satu atau lebih perkara atau kerja dalam satu masa sehingga kita dapat menyempurnakannya dengan nama Kejayaan & kecemerlangan...hehe sekadar pandangan yang mungkin sukar utk diterima akal biasa..namun kiranya dilihat dari kotak fikir luar dari biasa mungkin kita nmpak apa makna disebaliknya..

    ReplyDelete