Pages

Monday, February 14, 2011

Seandainya DIA ada bersama kita hari ini?


Lihat apa yang anda buat sebentar tadi! Sekiranya 'dia' ada bersama anda tadi, adakah 'dia' gembira melihat apa yang baru sahaja anda buat sebentar tadi?

Berusahalah kita setiap detik untuk menjadi pengikutnya yang setia dan menggembirakannya.

Lahirnya baginda bukan untuk disambut dengan perayaan tetapi untuk disambut dengan cinta kepadanya sepenuh iman.

Bagaimana status cinta anda kepadanya? Mudah sahaja untuk menujinya. Pernah atau tidak air mata anda bergenang dan berderai dek kerana tulusnya cinta anda kepadanya. Jika belum pernah, berusahalah mulai hari ini. Esok atau lusa mungkin sudah terlalu lambat.

Solawat dan salam ke atas Rasul junjungan yang diutus sebagai rahmat kepada sekalian alam.


No comments:

Post a Comment