"Hali-hali saya mukak ma. Hali laya pun saya mukak. Hali laya lagi lamai olang mau bili balang." Itu borak saya dgn seorang tauke kedai hardware berdekatan pejabat saya 3-4 tahun sudah. Sampai hari ini kedai dia masih segar bugar. Dia sapu habuk tiap-tiap hari.
"Kau tak raya ke hari ni cai?" tanya saya kpd newspaper boy semalam. Ini jawapan dia, "Lepas ini saya layalah. Lagipun ini tanggungjawab ma.. kasi hanta dulu suma sulatkabar ni balu layalah. Esok bos cuti jadi saya pun cuti lo."
Moralnya di sini, memang bangsa Cina ini hebat. Mereka terkenal sebagai rajin. Fuh..malu rasenye.
Saya petik cerita jalanan ini sebagai renungan kita bersama. Ramai kawan tanya saya berapa modal nak bukak bisnes mula-mula-dulu. Saya jawab, entah!
Saya pun tak pasti berapa nilai yang patut saya bayar kepada modal pengalaman buat bisnes yg saya dapat sewaktu saya kerja makan gaji dengan bos saya dulu. Tak terbayar rasenye.
Saya kongsi sedikit di sini. Mula-mula kerja saya dan beberapa orang rakan yg sama-sama baru grad masa tu agak menyampah bila berurusan dgn office manager. Dah la garang, cerewet pulak tu. Hantar claim cepat dia bising, hantar claim lambat pun dia bising. Satu sen pun dia kira. Dia selalu jadikan bos sbg human shield dia. Kami selalu berbisik sama sendiri, "apahal bos sayang sangat dengan nyonya ni?"
Dipendekkan cerita, bila saya dah mula buat bisnes sendiri baru saya tahu kenapa bos saya masa tu ambik orang Cina sbg orang kanan dia! Hanya orang yang buat bisnes tahu apa yang orang bisnes fikir, rasa dan buat.
Jangan ingat bila kita ada duit banyak kita boleh senang-senang buat bisnes atau nak jadi tauke (bos). Dalam bisnes bukan modal duit yang utama tetapi modal sikap. Sikap merujuk kepada setting minda bawah sedar kita.
Kalau minda bawah sedar kita masih lagi dalam set/mood makan gaji iaitu hujung bulan cucuk dinding keluar duit, maka anda tidak perlu buat bisnes, anda pasti gulung karpet selepas itu.
Itu sebab banyak kita dengar cerita pesara kerajaan yang dapat duit ganjaran atau kwsp yang banyak berkobar-kobar nak buat bisnes lepas pencen. Tapi sayang, selepas beberapa ketika, duit ganjaran habis (tak balik modal, untung jauh sekali) dan bisnes entah ke mana. Hati-hati! Lebih baik pergi haji sekali lagi.
Ini soal genetik! Orang Cina lahir dan membesar dalam setting bisnes dan sentiasa belajar. Mereka tak takut gagal! Mereka tak risau kalau tak skor straight A dalam exam. Mereka tak sedih kalau tak dapat masuk U. Mereka tak perlu beratur untuk mohon biasiswa. Mereka tak perlu masuk pusat latihan kemahiran untuk belajar kemahiran. Mereka satu bangsa yang sentiasa belajar dengan sendiri tanpa disuruh. Kita?
Tak payah tengok benda besar. Saya ajak tuan-puan yg baca tulisan ini utk renung situasi ini. Bagaimana genetik dan proses belajar org kita dan org Cina berbeza.
Siapa lagi banyak minum air kosong? (Bersambung...)
No comments:
Post a Comment