Pages

Sunday, January 23, 2011

Graduan kita tertinggal?

Semalam pasukan AsasInsan seharian berkampung membuka booth pameran persediaan kerjaya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Seminar Kebangsaan Perancangan Kerjaya Mahasiswa 2011 anjuran Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-Universiti Malaysia (MAKUMA) dan USIM.

Alhamdulillah ramai di kalangan peserta yang ambil masa dan kesempatan lawat booth AsasInsan. Lagi seronok apabila dapat berjumpa semula dengan kaunselor-kaunselor IPTA dan siswa-siswi yang pernah berprogram dengan AsasInsan.

Isu utama dalam seminar semalam ialah kebolehpasaran graduan lokal. Isu yang tak pernah kunjung senja.

Kadang-kadang rasa macam sia-sia. Belajar bertahun di universiti tapi bila grad tak boleh pasar! Bukan tak berani pergi pasar tapi tak laku, tiada yang mahu ambil mereka bekerja. Macam mana orang nak ambil mereka bekerja, dalam resume tunjuk ijazah atau diploma dengan pointer tu kadang-kadang menghampiri 4, tapi ketrampilan pesonaliti dan minda seperti baru habis sekolah menengah! Ahah! mahasiswa yang membaca bagaimana? Apa respon kalian?

Atas dasar rasa bertanggungjawab maka banyak pihak tampil cuba menawarkan solusi agar graduan kita yang beribu jumlahnya saban tahun lebih mudah dapat kerja. Kerajaan, universiti, syarikat swasta, mak ayah dan termasuklah AsasInsan.

Teruk sangatkah kualiti graduan lokal? Apa masalah mereka sebenarnya?


Baru tiga hari lepas saya menemuduga seorang lagi graduan IPTA untuk satu jawatan kosong di pejabat saya. Sudah ramai graduan yang saya temuduga. Kesimpulan yang boleh saya buat ialah majoriti graduan lokal tidak tahan cabaran! Maka mereka tidak akan berani menyahut cabaran. Mereka bukan 'risk taker'.

Maka itulah sebabnya mereka mengharapkan kerja 'datang' kepada mereka. Sangka mereka, bila dah ada ijazah, kerja dengan mudah akan datang. Sayang seribu kali sayang... itulah adalah gaya pemikiran sekitar tahun 1970 an - 1980 an. Kita tertinggal rupanya.

Soalnya sekarang bagaimana kita hendak tukar yang majoriti ini kepada segelintir. Kalau segelintir sahaja yang tertinggal mungkin tidaklah teruk sangat. Lagipun mungkin memang mereka sendiri yang memilih untuk tertinggal atau ditinggal. Jadi mereka boleh terima apa sahaja yang orang lain berikan kepada mereka. Kalau tak bagi pun tidak menjadi masalah kerana mereka boleh terus duduk sahaja di rumah dan menanti sehingga rembulan jatuh ke riba.

Bagi yang unggul dan kehadapan (kita sedang berusaha menjadikan kelompok ini majoriti) mereka tahu apa yang mereka mahu dan tahu bagaimana mendapatkan apa yang mereka mahu. Saya sangat bangga memiliki 3 orang daripada kelompok ini di pejabat saya sekarang.

Apapun sebagai motivator, tugas saya ialah membugar FiRasAt (cara berfikir, cara merasa dan cara bertindak) mahasiswa lokal secara konsisten agar kelak mereka grad dengan penuh daya dan gaya! Maksud saya tak perlulah nak bergaya dengan jubah konvo yang disarung kalau anda sebenarnya di sebalik jubah itu tidak punyai daya. Daya untuk bersaing sebagai contoh!

Untuk kali pertama tahun ini setelah lebih 5 tahun hanya memenuhi undangan universiti-universiti tempatan, AsasInsan memutuskan untuk menganjurkan sendiri Bengkel SureHIRED! Sebuah program realiti tentang cabaran dunia kerjaya untuk capahan persepektif mahasiswa lokal. Bengkel akan diadakan pada 27 Februari 2011 bertempat di Dewan Seminar Institut Latihan KWSP, Bandar Baru Bangi dengan yuran penyertaan hanya RM55 seorang. Klik di sini untuk info.

Saya sebenarnya menyahut cabaran kerana ramai orang kata program untuk mahasiswa kalau kena bayar pasti ramai yang tak akan datang. Mahasiswa tak ada duit. Betulkah begitu? Secara peribadi saya berfikiran sebaliknya. Bukti, semalam di booth AsasInsan sudah ada yang mendaftar nama untuk menyertai bengkel ini. Saya sangat yakin dan optimis, mahasiswa lokal akan 'muncul' lebih ramai selepas ini. Mereka hanya menunggu masa tepat untuk 'menyerang'. Inilah masanya.

Saya yakin, melihat reaksi 'surprised' Saravanan (siswa tahun satu dari UUM) dan Hafizah (siswi tahun akhir UPSI) yang berkunjung ke booth AsasInsan yang sempat mendengar tip luar biasa dalam temuduga yang saya berikan semalam, ramai mahasiswa yang lain di luar sana akan 'surprised' dengan apa yang mereka 'jarang sedar' selama ini khsusnya tentang persediaan dan perancangan membina kerjaya apabila sertai bengkel ini nanti. Lebih baik 'surprised' sekarang daripada 'surprised' kemudian. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, kenalah sakit-sakit dulu barulah senang datang memenuhi impian.

JOM siswa-siswi lokal, saya cabar anda! Jika anda betul-betul 'lokal unggul' (super tempatan) macam bunyi beras pulak, temui saya dalam bengkel ini. Siapa lebih trampil antara dari UKM (sebelah jer dengan venue bengkel), UPM, KUIS, USIM, UM, UPNM, MFI, MIAT, UIA?

Saya tak mahu kata banyak, cukup sekadar... saya ada pengalaman, cerita, contoh dan tip menarik untuk dikongsikan dalam bengkel ini nanti. Saya tunggu...

1 comment:

  1. salam. bila lagi che E akan adakan bengkel mcm nie? nt blh emailkn pd sy x? miageminigirlz@gmail.com

    ReplyDelete