Pages

Tuesday, December 7, 2010

RM10 rasuah juga kah?

Hari ini hampir semua surat khabar papar foto wajah dan rumah Dr. Mohamad Khir Toyo, mantan Menteri Besar Selangor. Apa lagi kalau bukan pasal isu harga rumahnya yang berjuta-juta. Rasa-rasa kalau harga rumahnya macam harga rumah murah yang sekitar tak lebih RM50 ribu, jadi isu tak?

Bicara soal RASUAH, biar RM10 sekalipun ia tetap rasuah. Perkara dah terjadi maka kita tunggu sahajalah apa mahkamah nak kata. Yang pasti, tertuduh adalah tidak bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah! Maka, nasihat saya kepada semua janganlah melulu membuat keputusan sendiri. Yang benar pasti akan tersingkap.

Itulah motivasi, ia umpama minyak tanah yang menyalakan pelita. Ia akan menjadi tenaga yang akan menggerakkan anda. Samada anda bergerak ke kanan atau ke kiri, motivasi tidak peduli yang penting ia menggerakkan anda.

Oleh itu, hati-hati dalam memilih motivasi anda. Cuba bayangkan perompak dan peragut, apa motivasi mereka untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Jangan kata mereka tiada motivasi! Mereka sangat bermotivasi dan itulah sebabnya mereka berani mengambil segala risiko.

Hati-hati dengan motivasi kerana ia akan menjadikan anda berani mengambil risiko. Soalnya risiko apa yang mahu anda ambil, yang berbaloi atau yang sia-sia dan menjahanamkan?

Pastikan apa yang anda fikir, rasa dan buat adalah sejajar dengan kewarasan anda sebagai manusia yang dijadikan sebagai sebaik-baik makhluk. Apatah lagi jika anda seorang yang bergelar muslim. Malu agama kerana kita. Cukup-cukuplah... agama kita dah puas dimalukan dek kerana perangai kita.

Apa yang anda buat adalah hasil apa yang anda rasa dan apa yang anda rasa adalah hasil apa yang anda fikir pada masa itu. Jika tersilap apa yang anda fikir maka risikonya silaplah juga apa yang anda rasa dan bakal buat. Itu sebab tok nenek kita dah ajar sejak dulu lagi sesal dulu pendapatan sesal kemudian rugi.

Moga-moga cerita Dr. Khir ini boleh menjadi motivasi kepada sesiapa sahaja yang ada berputik dalam hati untuk bercinta dengan RASUAH untuk fikir, rasa dan buat perkara yang betul-betul betul.

Wallahu A'lam

Che E Jawab

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan motivasi diri dan memerlukan pandangan Che E, anda dialu-alukan untuk mengajukannya dalam ruangan ini. Che E akan berusaha memberikan pandangan, saranan atau cadangan seringkas dan sepadat mungkin agar ia dapat menjadi panduan kepada anda yang bertanya dan sesiapa jua yang berkunjung ke blog ini.

Cabaran yang anda hadapi mungkin sama dengan cabaran 1000 orang yang lain di luar sana. Itulah sebabnya ruangan soal jawab, dalam surat khabar sebagai contoh, hanya siar 1 - 3 soalan sahaja setiap kali siaran. Bermakna dengan bertanya soalan untuk mencari solusi bagi menangani isu yang anda sedang hadapi, anda juga sebenarnya adalah penyelesai dan penyelamat kepada 1000 orang yang lain (mahkamah pun guna kaedah sama dan ia dipanggil judicial precedent). Wow!

Ada isu? Anda boleh ajukan dalam blog ini dengan taipkannya dalam ruangan komen di bawah. Atau, emel kepada Che E ke alamat emel berikut:


Syarat-syarat pertanyaan melalui E-MEL:-

  1. Soalan mestilah berkaitan motivasi pembangunan diri
  2. Disertakan maklumat diri
    1. Nama penuh (jangan lupa nyatakan samada anda izin nama anda disiarkan ataupun tidak)
    2. Jantina & umur
    3. Status (bujang, berkahwin, janda atau duda)
    4. Pekerjaan (pelajar, suri rumah, profesional, atau lain-lain)

Untuk pertanyaan melalui emel yang didapati sesuai, kami akan siarkan dalam blog ini untuk faedah 1000 pembaca yang lain. Sila berikan indikasi anda; setuju atau tidak. Jika tidak setuju disiarkan, kami tidak akan siar.

Kami amat menitik beratkan polisi kerahsiaan. Terbaik mungkin kami berusaha untuk melindungi identiti dan maklumat diri anda untuk manfaat dan kesejahteraan bersama.

Untuk rakan pengunjung blog ini yang sudi membantu, bolehlah berikan kata-kata semangat, pujian, rangsangan, komen membina atau contoh daripada pengalaman sendiri. Semoga mereka yang bertanya menemui arah terbaik yang patut mereka jejaki. Insya Allah.

Monday, December 6, 2010

Hubungi Che E

Jika anda berhasrat menghubungi Che E untuk bertanya lanjut, menjemput beliau mengisi slot, mengendalikan program atau menetapkan temujanji bimbingan personal bersama beliau, silalah hubungi AsasInsan Resources & Training di talian berikut:



Telefon : 03 8922 2934

Faksimili : 03 8922 3934

Emel : tanya@asasinsan.com

Tajuk Motivasi Keluarga

Motivasi & Keluarga Bahagia
Tajuk 1.  10 watak diri bapa idaman anak-anak untuk bahagia 
Tajuk 2. 10 watak diri ibu dambaan anak-anak untuk bahagia 
Tajuk 3. 10 watak diri anak impian ibubapa untuk bahagia 
Tajuk 4. Sambut kelahiran anak dengan cara yang membina jiwanya 
Tajuk 5. Keluarga bahagia; Steven R. Covey kata mulakan dengan yang terakhir!

Interaksi & Keluarga Bahagia
Tajuk 6. Sayangkan anak, tangan-tangankan atau ditangankan? 
Tajuk 7. Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan atau ditinggalkan? 
Tajuk 8. Sayangkan suami, percaya-percayakan atau disyaki? 
Tajuk 9. Ucapan terima kasih, kunci rasa seronok berkeluarga 
Tajuk 10. Anakku Sazali; benarkah kata P. Ramlee?

Ibadah & Keluarga Bahagia
Tajuk 11. Solat tiang seri rumahtangga bahagia; itu pesan Rasulullah SAW! 
Tajuk 12. Asuhan akhlak; anak bising di masjid, bapa jauh dari syurga? 
Tajuk 13. Asuhan kasih sayang; hikmah Azan, laungan rahsia keluarga bahagia
Tajuk 14. Mardhatillah; matlamat keluarga bahagia
Tajuk 15. Asuhan rohani; handphone seribu ringgit seorang satu, rehal sepuluh ringgit kongsi satu!

Pendidikan & Keluarga Bahagia
Tajuk 16. Dapat A dihadiahi, B dinasihati, C dileteri; yang mana satu patut dijauhi?
Tajuk 17. Bapa Kaya atau Bapa Miskin, anak tetap cemerlang; apa kata Robert Kiyosaki?
Tajuk 18. Buku; ‘chandelier’ rumahtangga bahagia
Tajuk 19. Tanpa ijazah; bumi tetap bulat? (Menangani anak tidak minat belajar)
Tajuk 20. Belajar untuk hidup; di sekolah atau rumah? (Sesuai untuk ceramah PIBG)

Tajuk Motivasi Belajar

Motivasi Persediaan Kerjaya
Tajuk 1. Perancangan kerjaya; di mana patut saya mula?
Tajuk 2. Kerjaya; siapa patut tentukan, saya atau keluarga?
Tajuk 3. Penyediaan resume berkesan; 10 kesilapan lazim yang patut dielakkan
Tajuk 4. Mengadiri temuduga kerja; 10 tip benchmark calon hebat yang jarang diketahui
Tajuk 5. Aktiviti luar kuliah; satu-satunya cara membina kemahiran insaniah (KI)
Tajuk 6. Asas usahawan siswa; bina minda atau cari modal?
Tajuk 7. Mudah dapat kerja; CGPA -vs- KI
Tajuk 8. Kerja kerajaan, swasta atau sendiri; yang mana satu pilihan kalbu?
Tajuk 9. Memulakan kerjaya; gaji -vs- pengalaman

Motivasi Kemahiran Belajar
Tajuk 10. Belajar berkumpulan; kenapa ia penting & cara betul melaksanakannya
Tajuk 11. Budaya diri dalam kelas; penentu keputusan cemerlang?
Tajuk 12. Belajar di kampus -vs- belajar di sekolah; merungkai kekeliruan
Tajuk 13. Personaliti & gaya belajar; perkara penting yang jarang diketahui pelajar
Tajuk 14. Menduduki peperiksaan; apa persediaan minda yang patut saya buat?

Motivasi Pengurusan Masa
Tajuk 15. Rahsia 5 minit; membaca, membuat nota & menghafal dengan berkesan
Tajuk 16. Belajar dalam cuti; rahsia genius dibongkar!
Tajuk 17. Rahsia 5 fasa masa dalam belajar; lagi rahsia genius dibongkar!
Tajuk 18. Study -vs- mengantuk; punca & cara berkesan mengatasinya
Tajuk 19. Belajar relaks, exam steady & result gempak; apa rahsia pelajar genius?

Motivasi Bina Sakhsiah & Jatidiri
Tajuk 20. Pasak matlamat diri; rahsia pelajar luar biasa
Tajuk 21. Membina keyakinan diri; baju sama putih, kenapa keputusan lain-lain?
Tajuk 22. Sakhsiah diri pelajar hebat; disukai kawan, disenangi guru & disayangi keluarga
Tajuk 23. Minda hebat; anda kata senang, ia senang!
Tajuk 24. Ketrampilan diri pelajar cemerlang; lain daripada yang lain
Tajuk 25. Persediaan melangkah ke alam remaja (MEKAR)

Motivasi Pelajar Muslim
Tajuk 26. Solat first!
Tajuk 27. Ilmu itu cahaya; nyalakan pelita ilmu dengan restu guru
Tajuk 28. Kubuku buku!
Tajuk 29. Kunci pintu syurga, pada ibu sebelum ilmu
Tajuk 30. Tip cerah & cerdaskan minda; jaga adab dengan sumber ilmu 

Motivasi Asas Kepimpinan & Pengurusan
Tajuk 31. Rahsia menjadi pemimpin pelajar disukai ramai?
Tajuk 32. Pemimpin pelajar; cemerlang mengurus diri
Tajuk 33. Persatuan pelajar dinamik; membina jawatankuasa berkesan
Tajuk 34. Kerja berpasukan; induksi jawatankuasa berkesan
Tajuk 35. Yakin cakap depan; perlukah untuk setiap pemimpin?

Tajuk Motivasi Kerja

Motivasi Kepimpinan Berkesan
Tajuk 1. Kenali personaliti dan gaya kepimpinan diri
Tajuk 2. Asas kemahiran kepimpinan berkesan
Tajuk 3. Kemahiran membuat keputusan berkesan
Tajuk 4. Kepimpinan diasuh bukan dilahirkan
Tajuk 5. Pemimpin sebagai motivator

Motivasi Peningkatan Produktiviti
Tajuk 6. Motivasi spiritual mengurangkan kadar absentism
Tajuk 7. Buat 100% & Kualiti 101%
Tajuk 8. Inisiatif tinggi; petua mudah naik pangkat
Tajuk 9. Mula bekerja maksudnya mula belajar!
Tajuk 10. Tak perlu beri alasan; cari jalan!

Motivasi Bina Semangat Berpasukan
Tajuk 11. Kepentingan dan faedah budaya kerja berpasukan
Tajuk 12. Kepimpinan dalam kerja berpasukan
Tajuk 13. Kemahiran membina dan mengurus pasukan kerja berkesan
Tajuk 14. Meningkatkan kefungsian sebagai ahli pasukan (team player)
Tajuk 15. Budaya kerja berpasukan teras organisasi unggul

Motivasi Pengukuhan Perhubungan 
Tajuk 16. Memenangi hati ketua dan rakan sekerja
Tajuk 17. Interaksi sihat di tempat kerja; tingkatkan estim diri
Tajuk 18. Senyum; penyegar udara natural di tempat kerja
Tajuk 19. Cara terbaik memberi penghargaan; sebut, tulis atau diam?
Tajuk 20. Ketua hebat; dengar atau mendengar?

Motivasi Penghayatan Ibadah Dalam Kerja
Tajuk 21. Konsep 3i (iman, ihsan, ikhlas) dalam kerja
Tajuk 22. Keberkatan; mengubah secupak jadi segantang
Tajuk 23. Syukur; prasyarat limpahan rezeki
Tajuk 24. Solat; teras kejayaan pekerja muslim
Tajuk 25. Ihsan; Meningkatkan integriti dalam kerja

Motivasi Budaya Kerja Cemerlang
Tajuk 26. Pembudayaan budaya korporat
Tajuk 27. Benchmarking; tip mudah menjadi star player
Tajuk 28. Khidmat pelanggan dan kaunter berkesan
Tajuk 29. EQ dalam meningkatkan mesra pelanggan
Tajuk 30. “Ini syarikat saya yang punya!”; Petua seronok bekerja

Motivasi Pengurusan diri
Tajuk 31. Kemahiran pengurusan stress
Tajuk 32. Pengurusan masa berkesan
Tajuk 33. Tingkatkan keyakinan berkomunikasi
Tajuk 34. Berfikir kreatif tingkatkan prestasi kerja
Tajuk 35. Membina ketrampilan & penampilan diri unggul

Motivasi Petugas Muslim Cemerlang
Tajuk 36. Pekerja muslim sebagai da’i (pendakwah)
Tajuk 37. Kerja itu amanah; seminit berapa sen?
Tajuk 38. Kerja sebagai jihad
Tajuk 39. Mimbar Jumaat berkesan; membaca atau berkhutbah?
Tajuk 40. Rahsia menjadi pegawai agama cemerlang

Motivasi Pembinaan Sikap Unggul
Tajuk 41. Kerja makan gaji, minda jutawan
Tajuk 42. Membina imaginasi hebat untuk cemerlang
Tajuk 43. Rahsia Titanic; laras zon selesa (comfort zone) untuk berjaya
Tajuk 44. Laras minda dan sikap pekerja baru (sesuai untuk orientasi staf baru)
Tajuk 45. Motivasi tinggi mengatasi sikap “bangau oh bangau”

Motivasi Pengupayaan Kendiri (Self Improvement)
Tajuk 46. Matlamat diri; hanya 5% sahaja yang buat, yang lain?
Tajuk 47. Fikir besar; masa depan besar!
Tajuk 48. Malu; jangan biar ia memalukan anda!
Tajuk 49. Membaca; menambah pendapatan 3 kali ganda!
Tajuk 50. Keyakinan diri; apa beza saya dengan dia?