Pages

Tuesday, May 25, 2010

Tanda Nama Halimunan?

Seronok buat bengkel macam ini, boleh kenal semua...

Tak pasal-pasal cik adik Puri Pujangga ini pun jadi 'peserta'

Gabungan 3 generasi dalam 1 warna, Biru mantap!

Sekali sekala kembali ke '15-20 tahun lepas' seronok jugak, kan?

Pemenang anugerah khas juri, Hafiz, Kak Roziah & Alib!


Tahniah untuk semua, kalian HEBAT!

Alhamdulillah. Rasanya macam baru semalam sahaja berprogram, rupa-rupanya sudah seminggu berlalu. Tahniah kepada semua rakan peserta Bengkel Tingkatkan Interaksi Estim Diri Siri Ke-3. Abang Azizan yang kebiru-biruan, Kak Roziah yang kehijau-hijauan, Lela yang keperangan dan Alib yang keemasan, masih segar menyilau-nyilau!

Apabila kita bicara soal ESTIM DIRI ia sebenarnya merujuk kepada ‘KESERONOKAN’.  Seronok menjadi diri anda. Cuba tanya diri anda sekarang, berapa peratus anda seronok menjadi diri anda, 60%, 70%, 80% atau 99.99%?

Alhamdulillah dalam bengkel tempoh hari dua rakan peserta bersahabat baik bagi markah estim diri masing-masing 99.99%! Cukup tinggi. Adakah ini logik? Terpulang kepada empunya diri. Tiada siapa yang boleh menghalang atau menafikan hak anda untuk bergembira menjadi diri anda. Ia hak anda. Jadi, ambillah semuanya! Tahniah buat Anif dan Suhaimi.

Saya sangat berharap rakan peserta semua tidak lupa kepada ‘Tanda Nama Halimunan’ yang sentiasa dipakai oleh semua orang termasuk diri kita sendiri. Mengetahui perkara ini akan menjadikan anda seorang yang hebat dalam interaksi dan perhubungan dengan orang lain samada dengan ahli keluarga, pekerja, rakan, bos, supplier, pelanggan dan sesiapa sahaja. Kalau ikut Dale Carnegie, haiwan pun suka dengan kita.

Sebagai contoh, semalam sewaktu saya memesan makanan di sebuah restoran berdekatan rumah. Saya dan anak saya, Fatimah Az-Zahra duduk menunggu di bahagian paling luar sebab kami hanya order bungkus jadi buat apa nak duduk dekat dalam.

Selang 7-8 minit, tiba-tiba pekerja yang ambil pesanan saya menjerit dari dalam restoran “Nasi goreng ayam! Bayar sini!” sambil menunjuk ke arah kaunter bayaran di bahagian dalam sebagai ‘arahan’ untuk saya masuk dan buat bayaran di situ. Tiba-tiba saya musykil, bila masa pulak nama saya bertukar jadi Nasi Goreng Ayam?

Sepantas kilat minda saya terjentik. “Patutlah kita sukar bersaing dengan restoran mamak”. Itulah sebabnya rumusan saya mengapa ‘orang kita’ susah sikit apabila berniaga ialah kerana kita tak tahu dan masalahnya tak mahu tahu ‘Tanda Nama Halimunan’ yang dipakai oleh pelanggan. Setuju?

Berbeza dengan bangsa lain, mereka tahu. Ini perkara yang sangat mudah dan asas. Tapi, orang kita tetap bermasalah. Bagi saya senang saja, sesiapa yang nak mula berniaga patut sertai bengkel yang kita anjurkan ini terlebih dahulu.

Interaksi Bos-Pekerja di pejabat juga sering terperangkap dalam situasi seperti di atas. Si Bos merasakan dirinya ‘di atas’ sedangkan pada masa sama si Pekerja pula merasakan dirinya juga manusia sama seperti si Bos.

Konflik sering terjadi dalam interaksi. Bagaimana cara interaksi paling ideal dalam hubungan ini? Jawapan saya tetap sama, dalam memulakan interaksi sentiasa ingat orang di depan kita ini memakai ‘Tanda Nama Halimunan’ sama seperti kita! Jadi, apa yang kita mahu itulah juga yang dia mahu. Soalnya ‘mahu’ siapa yang patut kita dahulukan?

Jutaan terima kasih dan penghargaan setinggi gunung daik buat semua rakan peserta yang sudi bersama-sama menggamatkan suasana dalam bengkel itu hari. Kalian telah menjadikan estim diri saya dan krew-krew AsasInsan berlipat kali ganda meningkat. Semoga ilmu dan pengalaman yang kita kongsikan menjadi pelaburan terbaik buat diri kita di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Friday, May 14, 2010

Konsert Motivasi Mak Ayah Sayang Kamu..

Bersedia nak gempur jemaah Jumaat...

Apa-apapun taklimat dulu... biar semua ikut plan, berjaya atau tidak belakang kira. Yg penting Plan.

Inilah gaya ketua skuad gempur promosi Konsert Motivasi Mak Ayah Sayang Kamu... 

Kalau nak diikutkan rasa hati ini, nak saja buat program motivasi untuk famili tiap-tiap hari. Saya tak pasti apa yang anda rasa setiap kali terdengar atau terbaca kisah-kisah insiden moral dalam masyarakat terutama masyarakat yang mengucap 'dua kalimah syahadah' di negara ini. Mungkin ada yg rasa sedih, keliru, bimbang dan mungkin juga ada yg tak rasa apa-apa!

Saya pula, rasa makin semangat nak buat lagi banyak program. Tapi apakan daya, kita buat bisnes. Jadi semuanya kenalah ikut Bussiness Plan yg telah dibuat. Tak boleh buat sesuka hati saja. Silap-silap buat, rugi, tak balik modal, tak boleh bayar gaji dan segala yg sewaktu dengannya. Akhir sekali gulung..... Palis-palis (orang Sabah cakap) itu yg saya tak mahu.

Tapi, sebagai seorang muslim dan rakyat itu dah jadi tanggungjawab kpd masyarakat, agama dan negara. Saya kena juga mobilise apa jua potensi yg ada utk anjurkan program yg bermanfaat, berkualiti dan betul-betul boleh membantu masyarakat. Itu sebab saya optimis, program terdekat yg bakal kami anjurkan di Masjid Nilai, N. Sembilan pada 29 Mei 2010 ini boleh membantu masyarakat dgn caranya yg tersendiri.
Motivasi untuk keluarga. Apa salahnya kita berusaha lebih sedikit agar semua ahli keluarga kita seronok menjadi ahli keluarga. Anak-anak seronok berbapa dan beribukan kita dan begitulah sebaliknya. Ini perlu usaha.

Kalau ada yg kata kami dah bahagia, jadi tak perlu lagi motivasi! Saya pula kata kalau betul keluarga anda bahagia, andalah yg patut hadir utk beri inspirasi kpd yg lain bagaimana bahagiakan keluarga dan berkongsi pengalaman apa rasanya hidup dlm keluarga bahagia.

Kalau anda rasa keluarga anda kurang seronok dgn keadaan keluarga sekarang, lagilah patut hadir. Kita cuba lihat, dengar dan cari tips, rahsia dan kaedah yg mungkin bleh kita guna untuk kembalikan atau mulakan sinar bahagia dlm keluarga. Bukankah itu yg kita semua mahukan, hidup dalam sebuah keluarga yg bahagia, bahagia dan bahagia. Di dunia dan pastinya di akhirat jua.

InsyaAllah kita sekadar berusaha. Berdoalah semoga usaha ini dirahmati dan berkati Allah swt. Buat krew-krew saya, terima kasih banyak-banyak! Pasti Mak Ayah kalian semua sayang kalian semua itu sebab kalian semua hebat-hebat! Tahniah.

Wednesday, May 12, 2010

Jangan ingat saya lupa...

Orang selalu lihat seorang motivator itu hebat bila dia berbicara. Ya betul saya setuju sebab tugas motivator adalah untuk bakar semangat orang lain. Kalau dia sendiri tak berapa 'berapi' macam mana nak 'bakar' orang lain.


Itulah sebabnya saya selalu berpesan kepada anak-anak buah saya, hebat atau tidak saya sewaktu berceramah banyak bergantung kepada kecekapan mereka juga dan bukan hanya saya seorang sahaja. Persediaan sebelum, semasa dan selepas satu-satu sesi program siapa yang buat kalau bukan mereka, insan-insan belakang tabir.


Jadi saya amat hargai penat lelah orang-orang kuat saya semua tapi sebab semalam yang seorang bercuti sebab kecemasan, jadi saya nak ucaplah untuk dia Selamat Hari Jadi yang ke-28...Semoga lebih Hebat selepas ini. Jangan ingat saya lupa... TQ Hafiz for your support.


Monday, May 10, 2010

Ajar atau Didik?

Guru-guru sekarang mengajar atau mendidik? Kalau sebelum ini mereka dinaungi Kementerian Pendidikan, jadi mereka mungkin ‘mendidik’ tapi sekarang ‘bos’ mereka Kementerian Pelajaran, makanya kini mereka tidak lagi perlu mendidik cukup sekadar mengajar. Anda setuju?


Pendidikan dan pelajaran, secara lughah pun rasanya, pada hemat saya, semacam membawa makna yang berbeda. Pelajaran lebih merujuk kepada subjek atau apa yang dipelajari dan diajarkan. Lebih kepada menyampaikan dan memahami apa yang disilibuskan.

Jarang saya rasa kita sebut ‘ibubapa bertanggungjawab mengajar anak-anak’ tapi kita sering sebut ‘ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak’. Bukankah ada beza di situ? Mendidik kelihatan seperti lebih menyeluruh. Merentas sempadan silibus. Ia bukan sekadar menyampaikan dan memahami. Ia membangunkan segenap potensi. Potensi diri sebagai seorang insan.


Profesyen perguruan di negara kita ini sangat sensitif. Sensitif dengan macam-macam isu. Ini tidak boleh dielakkan kerana ia merupakan juzuk penting dalam sistem hidup rakyat negara ini bahkan di mana-mana negara dalam dunia ini. Maka pergerakannya sentiasa diperhatikan. Sedikit lambat, tersasar apatah lagi tersilap pasti ada saja suara yang akan ‘menegurnya’.

Jika anda berhadapan dengan pilihan untuk menerima atau pun tidak tawaran kerja sebagai seorang guru, saya fikir anda perlu terlebih dahulu memutuskan antara dua, anda ingin terima bayaran upah untuk kerja anda dengan hanya mengajar atau menjadi seorang murabbi. Ini penting kerana, bagi saya tugas sebagai seorang guru sangat mulia kerana ia bukan sekadar kerja. Peranan ‘keguruan’ dipikul 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 12 bulan setahun sehingga akhir hayat. Jika anda rasa ia berat dan sukar dipikul, pilih saja kerjaya lain, pegawai bank mungkin?


Jika anda kerja sebagai CEO syarikat multinasional gergasi, orang tak akan panggil anda CEO Mamat, paling-paling orang akan panggil gelaran kebesaran yang anda terima, jika ada. Tapi sebagai guru, kerja anda bersatu dengan diri anda, Cikgu Mamat. Pengalaman saya semasa di universiti dahulu, Timbalan Naib Canselor HEP waktu itu lebih suka disapa dengan nama ‘Cikgu’ daripada ‘Dr.’ kerana kerjayanya bermula sebagai guru.


Hanya guru yang mempunyai akses langsung kepada generasi masa depan negara. Anak-anak didik yang kita bangunkan hari ini akan mengisi masa depan negara dalam pelbagai lapangan. Dari pucuk pimpinan tertinggi negara sehinggalah yang sekadar berstatus rakyat jelata. Semuanya perlu melalui fasa tumbesaran minda, rohani, emosi dan jasmani yang diadun oleh air tangan guru. Bukankah PM kita hari ini juga pernah darjah satu suatu ketika dulu? Bangga atau tidak guru-guru yang mengajarnya dulu?


Tak berapa lama dulu saya teringat seorang rakan pernah menjawab spontan “aku ingat betul pesanan ustazah aku masa darjah dua dulu. Dia kata tak masuk syurga kalau minum walaupun setitik. Itu sebab Alhamdulillah aku tak pernah minum.” Saya rasa anda tahu kami berbicara tentang apa. Cuba anda bayangkan jika pada waktu itu si usatazah sekadar ‘mengajar’ arak itu haram, apa mungkin jawapan rakan saya itu hari ini?

Buat guru-guru yang ‘mendidik’ pesan saya mudah sahaja, betulkan niat dan jangan putus mendoakan anak-anak didik kita. Hari Sabtu yang lepas semasa bersama-sama guru-guru SMK Seksyen 10 Kota Damansara, saya dedahkan rahsia bagaimana untuk memenangi dan disenangi oleh anak-anak didik. Ada ‘50 langkah’ mudah semuanya.


Mungkin ada yang musykil, apalah yang saya tahu tentang tugas guru dan anak murid. Ya, memang benar saya bukan cikgu dan itulah yang sering saya ingatkan setiap kali memulakan bicara dengan pelajar sekolah. Tapi saya rasa pengalaman hidup dibesarkan oleh ibu dan ayah yang mengerah seluruh keringat dan kudrat demi tugas mereka sebagai guru cukup ‘mendidik’ saya tentang siapa guru sebenarnya.


Buat emak, ayah, guru-guru yang pernah mendidik saya sehingga saya mampu berdiri seperti hari ini dan semua warga pendidik (bukan ‘pengajar’), Selamat Hari Guru. Mutiara hadith di bawah ini adalah ‘hadiah’ buat kalian…

“Barang siapa yang memulakan sesuatu perkara yang baik, baginya pahala dan pahala sesiapa sahaja yang menurutinya.”

Barakallahu fiikum.

Friday, May 7, 2010

'Otak Kanan' di SMK St. George Penang




Cadangan awal nak tumpang lelap di Masjid Negeri Pulau Pinang sebab keesokan harinya saya akan sampaikan ceramah di sekolah yang terletak tak jauh dari masjid tersebut. Akhirnya saya dan pembantu saya, Bro. Hafiz tidur juga di masjid tersebut tapi di luar pagar sahaja sebab, pagarnya kunci, maklumlah sampai pun dah pukul 3 pagi. Itulah yang saya suka dengan kerja saya ni. Macam-macam pengalaman ‘tidur’ di hotel, masjid, khemah, hutan, kelas, bilik sakit, padang.


Hari itu saya dijemput oleh Pengetua Puan Sharifah Afifah dan Kaunselor Puan Nazatul Syeha SMK (P) St. George P. Pinang (SGSS) untuk kongsikan sedikit ilmu dan info tentang kemahiran belajar dalam modul program iMAge (Ikut-Macam-Genius) dengan adik-adik tingkatan 4. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.


Bila saya jerit SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi), tiba-tiba semangat adik-adik SGSS melonjak. Tangan tinggi diangkat, suara lantang dilaung. Semangat! Mestilah! Kita mesti berbeza dari yang lain. Buktikan yang anda berbeza. Jika tidak apa perlunya kita dilabelkan SBT dan apa kurangnya mereka yang bukan SBT.


Saya difahamkan, adik-adik SGSS mempunyai prestasi baik dalam subjek spt English, mathematic and science base, tapi sedikit ‘mencabar’ dalam subjek berbentuk fakta seperti sejarah! Betul tak?


Saya ulang nasihat saya di sini, subjek seperti sejarah banyak menggunakan otak kiri dan cuba ingat kembali ciri-ciri otak kiri! Buka balik manual ye. Jadi, mahu tak mahu untuk jadikan anda minat atau boleh kuasai subjek ini anda perlu aktifkan otak kanan semasa ulangkaji sejarah. ‘Teknik Revlearn™’ yang saya tunjukkan itu hari patut diulang latih dari sekarang. Lagi selalu buat lagi power kesannya. Biasalah tu… Next post saya akan kongsikan tentang Teknik Hubung-Kait.

Apa beza orang yang baru sebulan pandai memandu dengan orang yang telah memandu lebih 1 tahun? Jawapannya mudah! Kemahiran! Itu sebab sebagai pelajar adik-adik juga perlu ada kemahiran. Kemahiran dalam belajar. Belajar adalah satu perkara yang serius dan penting dalam kehidupan. Ia tidak boleh dibuat secara semberono atau ikut suka hati sahaja.


Tahniah, anda hebat kerana berjaya menghabiskan juga program itu hari walaupun dalam keadaan yang agak panas, berpeluh-peluh, berkipas-kipas dan macam-macam lagi. Apapun, saya dan Bro. Hafiz enjoy program di SGSS!!! Terima kasih banyak2 dan lain kali kami mai lagi. InsyaAllah.