Seronok buat bengkel macam ini, boleh kenal semua...
Tak pasal-pasal cik adik Puri Pujangga ini pun jadi 'peserta'
Gabungan 3 generasi dalam 1 warna, Biru mantap!
Sekali sekala kembali ke '15-20 tahun lepas' seronok jugak, kan?
Pemenang anugerah khas juri, Hafiz, Kak Roziah & Alib!
Tahniah untuk semua, kalian HEBAT!
Alhamdulillah. Rasanya macam baru semalam sahaja berprogram, rupa-rupanya sudah seminggu berlalu. Tahniah kepada semua rakan peserta Bengkel Tingkatkan Interaksi Estim Diri Siri Ke-3. Abang Azizan yang kebiru-biruan, Kak Roziah yang kehijau-hijauan, Lela yang keperangan dan Alib yang keemasan, masih segar menyilau-nyilau!
Apabila kita bicara soal ESTIM DIRI ia sebenarnya merujuk kepada ‘KESERONOKAN’. Seronok menjadi diri anda. Cuba tanya diri anda sekarang, berapa peratus anda seronok menjadi diri anda, 60%, 70%, 80% atau 99.99%?
Alhamdulillah dalam bengkel tempoh hari dua rakan peserta bersahabat baik bagi markah estim diri masing-masing 99.99%! Cukup tinggi. Adakah ini logik? Terpulang kepada empunya diri. Tiada siapa yang boleh menghalang atau menafikan hak anda untuk bergembira menjadi diri anda. Ia hak anda. Jadi, ambillah semuanya! Tahniah buat Anif dan Suhaimi.
Saya sangat berharap rakan peserta semua tidak lupa kepada ‘Tanda Nama Halimunan’ yang sentiasa dipakai oleh semua orang termasuk diri kita sendiri. Mengetahui perkara ini akan menjadikan anda seorang yang hebat dalam interaksi dan perhubungan dengan orang lain samada dengan ahli keluarga, pekerja, rakan, bos, supplier, pelanggan dan sesiapa sahaja. Kalau ikut Dale Carnegie, haiwan pun suka dengan kita.
Sebagai contoh, semalam sewaktu saya memesan makanan di sebuah restoran berdekatan rumah. Saya dan anak saya, Fatimah Az-Zahra duduk menunggu di bahagian paling luar sebab kami hanya order bungkus jadi buat apa nak duduk dekat dalam.
Selang 7-8 minit, tiba-tiba pekerja yang ambil pesanan saya menjerit dari dalam restoran “Nasi goreng ayam! Bayar sini!” sambil menunjuk ke arah kaunter bayaran di bahagian dalam sebagai ‘arahan’ untuk saya masuk dan buat bayaran di situ. Tiba-tiba saya musykil, bila masa pulak nama saya bertukar jadi Nasi Goreng Ayam?
Sepantas kilat minda saya terjentik. “Patutlah kita sukar bersaing dengan restoran mamak”. Itulah sebabnya rumusan saya mengapa ‘orang kita’ susah sikit apabila berniaga ialah kerana kita tak tahu dan masalahnya tak mahu tahu ‘Tanda Nama Halimunan’ yang dipakai oleh pelanggan. Setuju?
Berbeza dengan bangsa lain, mereka tahu. Ini perkara yang sangat mudah dan asas. Tapi, orang kita tetap bermasalah. Bagi saya senang saja, sesiapa yang nak mula berniaga patut sertai bengkel yang kita anjurkan ini terlebih dahulu.
Interaksi Bos-Pekerja di pejabat juga sering terperangkap dalam situasi seperti di atas. Si Bos merasakan dirinya ‘di atas’ sedangkan pada masa sama si Pekerja pula merasakan dirinya juga manusia sama seperti si Bos.
Konflik sering terjadi dalam interaksi. Bagaimana cara interaksi paling ideal dalam hubungan ini? Jawapan saya tetap sama, dalam memulakan interaksi sentiasa ingat orang di depan kita ini memakai ‘Tanda Nama Halimunan’ sama seperti kita! Jadi, apa yang kita mahu itulah juga yang dia mahu. Soalnya ‘mahu’ siapa yang patut kita dahulukan?
Jutaan terima kasih dan penghargaan setinggi gunung daik buat semua rakan peserta yang sudi bersama-sama menggamatkan suasana dalam bengkel itu hari. Kalian telah menjadikan estim diri saya dan krew-krew AsasInsan berlipat kali ganda meningkat. Semoga ilmu dan pengalaman yang kita kongsikan menjadi pelaburan terbaik buat diri kita di dunia dan akhirat. Insya Allah.
assalamualaikum
ReplyDeleteabg e sy sebenarnya teringin sgt2 nk g prog abg e yg br je lpas seminggu lalu.tp memandangkan terdptnye kekangan waktu dan tiada org yg akan meenggantikan tmpt sy menjaga kedai membuatkan sy terlpas peluang menyertai bengkel tu.klu x msti sy dpt jupe blk abg e n talib.
hrp2 pasni klu abg e ada buat lg prog seumpama ni sy akan dpt sertai.nk perbaiki diri n memotivasikan blk diri yg motivasinya dh mulai menurun dan menurun ni.hope to c u in next program.
Salam Abid,
ReplyDeleteSure, sure, sure, why not. Ahlan wa sahlan. Insya Allah when we fix date for the next workshop I will inform u personally. May Allah be your guidance always. TQ