Pages

Wednesday, December 30, 2009

Kalendar ‘kuda’ Baru

Setiap hujung tahun, kita biasa dihadiahkan dengan kalendar. Bank, kedai jual baju, bengkel servis kereta dan restoran semua bagi kita kalendar sebagai tanda terima kasih dan ‘menghangatkan’ suasana tahun baru.

Kalendar ‘kuda’ adalah kalendar popular yang sering saya dapat. Ada yang besar ada juga yang kecil lote. Saya panggil ‘kuda’ sebab ada banyak ‘kuda’ di dalamnya. Tapi dalam banyak-banyak kalendar, kalendar kuda ini saya suka sebab dia agak useful dan user-friendly. Semua tarikh penting ada, cuti umum, cuti negeri, cuti sekolah dan yang pasti tarikh lumba kuda.

Baru-baru ini saya ke sebuah kedai buku di Ampangan Seremban. Tiba di satu sudut, perhatian saya teruja ke arah kalendar-kalendar kuda yang dijual. Wah! Sudah tukar rupanya. Tiada lagi kuda. Ia adalah kalendar yang ‘meniru’ gaya kalendar kuda dari segi rupa paras dan isi. Tetapi ia berunsur islamik dan lebih menarik sebab ada tazkirah, ayat-ayat cinta dan gambar-gambar islamik yang ‘menasihat’ sifatnya.

Di bawah ini salah satu contoh. Jika anda berminat nak memiliki satu untuk diri sendiri sebagai teman analisis pencapaian dan koreksi diri untuk tempoh 365 hari berikut ini atau dihadiahkan kepada isteri, anak, sahabat atau staf, dua perkara perlu dibuat;


Pertama, emelkan maklumat diri lengkap (nama, alamat surat-menyurat dan jumlah yang mahu dibeli). Kedua, macam biasalah, ‘bank-in’ kan ongkosnya ke dalam akaun Maybank 5647 99100 357 (AsasInsan Resources & Training). Cuma RM5 sahaja satu. Ini dah termasuk kos urusan pos-mengepos. Kalau tiada badai melanda, insya Allah seminggu ia masuk peti surat rumah anda. Cepat-cepat order sebab stok yang ada pun dah berkurangan.

Selamat Tahun Baru 2010.

2010 tahun untuk mendengar?

Amboi-amboi Sister Jamilah, bukan main teruja lagi macam dah setahun tak jumpa ye.
Magis Kuasa Sentuhan. Hilangkan rasa gusar, syak wasangka dan rasa lebih dihargai.
Tumpuan yang diberikan oleh beliau amat saya hargai. Jangan lupa emel saya untuk dapat hadiah.
Macam-macam gaya, superman, ultraman, power rangers semua terkeluar! Itu potensi dalaman yang terpendam.
Pn. Haryani, Pn. Tan, Pn. Salbiah, En. Haikal, Pn. Jamilah... terima kasih daun keladi. Doakan kita berjumpa lagi.


Sejauh mana kita mahir mendengar atau sejauh mana kita sedar bahawa mendengar itu penting?


Dalam program KLIMAK di Hospital Kluang pada 16 Disember lepas, saya meminta para peserta untuk memilih seseorang dalam dewan program yang sangat mereka kagumi atau hargai. Tuliskan namanya dan 3 sebab kenapa dia dikagumi atau dihargai. Pada peringkat ini reaksi peserta biasa sahaja dan tanpa banyak soal terus menulis.


Kemudian, saya minta mereka mencari orang tersebut dan bacakan 3 sebab tersebut kepadanya. Pada ketika ini, reaksi mula berbeza. Terpancar riak terkejut, ragu-ragu, malu, kurang yakin, teruja, seronok, tak sabar-sabar dan macam-macam lagi. Ternyata, apabila orang lain mula ‘mendengar’ isi hati kita, ada tindak balas berbeza pada minda dan emosi kita.


Dalam keadaan kita hari ini, saya fikir ramai daripada kita termasuklah saya sering terlepas pandang perkara ini. Masakan tidak, bermula dari pagi seluruh penumpuan kita berikan kepada tugasan yang perlu disiapkan segera samada untuk tatapan bos, klien, penonton, tetamu, pesakit, rakyat atau siapa sahaja yang penting dalam kerja kita. Kesibukan menyebabkan kita sering ‘terlupa mendengar’.


Mendengar penting dalam membina hubungan dengan orang lain samada dalam keluarga mahupun di tempat kerja. Apakah kemahiran penting bagi seorang wakil rakyat yang hebat, menutur kata bicara yang memukau atau mendengar dengan penuh tumpuan? Adakah kemahiran ini yang dimiliki oleh wakil-wakil rakyat kita, yang jelas mahukan dirinya didengar sewaktu kempen pilihanraya?


Bagi seorang doktor atau jururawat, kepakaran mereka mendiagnos, merawat dan memberi ubat sememangnya penting. Tetapi kemahiran pertama yang lebih penting ialah mendengar. Saya lebih suka ‘berurusan’ dengan doktor yang terlebih dahulu ingin mendengar dengan tumpuan apa yang ingin saya katakan daripada doktor yang tidak sabar-sabar ingin memeriksa dan mencatat diagnosisnya dalam kad rekod rawatan saya. Saya fikir anda juga begitu.


Anda yang keletihan sehari suntuk berkerja baru sahaja melangkah masuk rumah. Belum pun sempat membuka sarung kaki anak anda berlari meluru ke arah anda sambil membawa sesuatu untuk ditunjukkan kepada anda. “Ayah penatlah Aiman… Aiman pergi main kat bilik ye atau tengok tv ada cerita best kat tv tu, nanti ayah tengok, ok.” Itulah reaksi kebanyakan daripada kita apabila berhadapan situasi ini. Apa yang diperlukan oleh si anak sebenarnya hanyalah 1 minit daripada masa kita untuk mendengar apa yang ingin dia katakan. Tetapi bukan ‘mendengar’ yang kita beri sebaliknya arahan.



Mendengar akan meningkat harga diri seseorang. Kita lebih rasa dihargai jika orang mendengar apa yang kita bicarakan. Dengan mendengar bermakna kita mengiktiraf dan menghargai orang lain. Kita ingin dihargai maka hendaklah kita terlebih dahulu menghargai. Bukannya susah, hanya dengan mendengar.


Mendengar juga boleh mengurangkan stress, mengelakkan konflik dan meningkatkan kemahiran untuk menangani individu lain. Kurang kemahiran mendengar boleh menyebabkan kita membuat kerja dua kali, salah faham, memendam perasaan, kekeliruan, kehilangan maklumat penting, menyebabkan rasa malu, kecewa, ganggguan emosi dan pertelingkahan antara individu (Abdul Jalil Hassan, 2006).


Bagaimana dengan pencapaian diri anda setakat hari ini? Adakah anda berpuas hati? Jika belum, mungkin perkara pertama yang perlu kita lakukan sebagai memulakan tahun baru 2010 ini ialah dengan mendengar. Mendengar isi hati orang yang penting di sekeliling kita.


Sebagai perkerja bawahan kita sering mengeluh bos tak mahu dengar cakap kita. Tetapi cuba kita nilai kembali adakah kita telah cukup mendengar isi hati bos kita? Saya yakin jika kita benar-benar mendengar bos kita, dia pasti akan mendengar kita.


Samalah juga kita yang bergelar ibu dan ayah sering mengeluh anak-anak degil tak mahu dengar cakap kita. Cuba kita selusuri dari awal, adakah kita telah cukup mendengar mereka?


Pelbagai cerita rakyat dari isu jual anak, rumah terbengkalai, kemalangan bas-bas ekspres, kehilangan enjin kapal terbang, tanah runtuh, bonus, kes-kes jenayah berat dan ratusan lagi yang lain saban hari menjadi bahan paparan media adalah isi-isi hati yang menuntut untuk didengar. Soalnya siapa yang benar-benar mahu mendengar.


Saya tidak pasti apa akan berlaku jika kita mula mendengar. Tetapi saya yakin dengan menjadi lebih mendengar kita akan menjadi lebih prihatin, sensitif, terbuka dan positif. Bukankah ini yang kita mahukan. Dengan hanya tinggal 10 tahun lagi untuk menjengah tahun 2020 yang kita jangkakan kita akan jadi ‘maju’, mungkin kita patut benar-benar mendengar apa orang luar dan dalam kata tentang diri kita yang sebenar.


Sebagai seorang muslim, kehidupan kita mestilah bergerak selari dengan panduan yang termaktub dalam Al Quran Al Karim dan hadith Nabi SAW. Panduannya jelas. Allah SWT berfirman yang bermaksud “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.” (An Nahl : 108).


Dalam surah Al Anfaal : 21-22, Allah berfirman yang bermaksud “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafiq) yang berkata: Kami dengar, padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya). Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, di sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).


Terlupakah kita, nikmat iman yang kita ‘terima’ hari ini juga sebenarnya amat berkait dan signifikan dengan kemahiran mendengar. Al Quran yang menjadi panduan kita hari ini kita terima daripada Nabi Muhammad SAW seorang yang ummiy (buta huruf) yang telah mengerah seluruh kemahiran mendengarnya dalam menerima setiap ayat Kalam Allah yang diwahyukan kepadanya melalui perantaraan Jibrail as. Akhirnya kita beriman dan semoga anak cucu generasi akan datang juga kekal beriman sehingga akhirnya masa berhenti berdetik.


40% masa seseorang digunakan untuk dengar berbanding bercakap sebanyak 35%. Namun, seseorang hanya mendengar 25% daripada apa yang dia dengar. Selama ini kita mungkin dengar apa yang isteri, anak, staf, rakan, musuh atau pesaing katakan kepada kita. Mungkin itulah puncanya kita sukar membina hubungan yang hebat sesama insan. Kita hanya dengar dan bukannya mendengar. “I know you believe, you understand what I said, but I’m not sure you realize that what you heard is not what I meant.” Saya petik kata-kata Madelyn Burley-Allen dalam buku yang tajuknya saya tulis di bawah.


Oleh itu, untuk menjana pencapaian yang lebih hebat dalam tempoh 365 hari yang berikut ini, saya fikir setiap kita perlu menilai kembali kemahiran mendengar masing-masing. Kenal pasti kelemahan selama ini dan pelajari cara yang betul dalam mendengar. Ia sangat mudah.


Jika selama ini anda fikir mendengar hanya dengan telinga, ternyata perenggan sebelum ini tepat, anda perlu menilai kembali kemahiran mendengar anda. Saya cadang sebagai permulaan mungkin kita boleh cari, beli dan baca buku ini, Bukan Pekak Tapi Tak Dengar tulisan Abdul Jalil Hassan.


Selamat Tahun Baru 2010 dan Selamat Mendengar.

Friday, December 18, 2009

salam 1431

Semalam,
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang telah Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang demikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan, wahai yang Maha Pemurah, wahai yang Maha Agung dan wahai yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu daripadaku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu wahai yang Maha Pemurah.

Hari ini,
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan daripadaMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Semoga tahun ini kita akan lebih mengenal diri kita. Jom hijrah!

Monday, December 14, 2009

Masa Untuk Berfikiran Besar!


Beberapa minit selepas program bermula. Cuba kira berapa ramai yang tongkat dagu?


Sekarang, cuba kira berapa ramai pula yang peluk tubuh?


Untuk jadi hebat, lakukan gerak tubuh yang positif. Kurangkan tongkat dagu atau peluk tubuh.


Sentiasalah senyum. Akak ni memang ikhlas senyumannya, itu sebab dia dapat hadiah.


Kan hebat bila tiada lagi yang bertongkat dagu atau berpeluk tubuh. Tahniah kepada semua. UiTMPP Hebat!


Teruja dapat bersama dengan lebih 150 warga kerja UiTM Pulau Pinang dalam program KLIMAK pada hari Khamis minggu lepas. Walaupun agak letih travel, segalanya terubat dengan sambutan yang diberikan.
Tahniah saya ucapkan kepada Puan Alina dan semua rakan peserta kerana berjaya merentasi halangan paling besar hari itu, iaitu halangan minda.
Tempoh hari, saya sempat mengajak rakan peserta semua untuk mengamalkan 4 tip menjadi “SUPERME”. Saya sebenarnya mengajak untuk kita ‘berfikiran besar’ (think big).
Berfikiran besar akan ‘mengeluarkan’ diri kita yang sebenar kerana diri kita adalah produk fikiran kita sendiri.
Menurut Dr. David J. Schwartz dalam bukunya The Magic of Thinking Big, minda kita adalah sebuah kilang yang besar dan hebat sebenarnya. Ia beroperasi mengeluarkan produk (fikiran) dalam jumlah yang tak terbilang banyaknya setiap hari. Produk yang terhasil inilah yang akan membentuk siapa diri anda.
Jika hebat kualiti produk kilang ini, maka hebatlah diri anda. Dan jika rendah kualiti produk kilang ini, maka begitu jugalah diri anda.
Kilang kita ini dikendalikan oleh ‘dua orang pengurus’. Pengurus pertama saya panggil En. Segala Bin Mudah dan yang kedua saya panggil En. Segala Bin Susah. Dr. David memanggilnya Mr. Triumph dan Mr. Defeat.
En. Segala Mudah bertanggungjawab memastikan kilang anda menghasilkan produk yang hebat dan positif. Dia pakar dalam mencari sebab kenapa anda boleh, kenapa anda layak, kenapa anda hebat dan akhirnya memang anda berjaya.
Sebaliknya En. Segala Susah pula pakar dalam menghasilkan produk negatif, lemah dan menggagalkan. Dia pakar memberi anda alasan kenapa anda tak boleh, kenapa anda lemah, kenapa anda tiada kelebihan dan akhirnya memang anda gagal.
Dua orang pengurus kilang anda ini amat setia, rajin dan sensitif. Mereka sentiasa berebut-rebut untuk menerima arahan daripada anda dan akan terus memulakan tugas. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memberi isyarat mudah.
Jika isyarat positif yang anda berikan maka En. Segala Mudah akan bingkas tampil dan mulakan operasi kilang anda dan begitu jugalah sebaliknya jika isyarat negatif yang anda beri maka sepantas kilat En. Segala Susah akan memulakan tugasnya.
Mari kita cuba teknik mudah memberi isyarat kepada dua orang pengurus ini. Sekarang, fikirkan satu perkara besar yang bakal anda lakukan dan cuba angguk-anggukkan kepala anda. Berhenti. Sekarang, cuba pula geleng-gelengkan kepala anda, dapatkah anda rasakan perbezaan operasi kilang anda?
Sekarang anda pilih siapa yang anda mahu untuk mengurus kilang anda? Siapa pun diri kita sekarang, dengan berfikiran besar, kita boleh menjadi seseorang yang jauh lebih hebat.
Pemimpin-pemimpin kita, bukan semua asalnya ‘seseorang’ seperti mereka hari ini. Tokoh-tokoh korporat dan akademik, ramai di kalangan mereka juga satu masa dulu hanyalah orang biasa yang tidak memiliki apa-apa melainkan satu, fikiran besar.
Dengan pilihan yang tepat, saya, anda dan kita semua boleh menjadi jauh lebih hebat daripada hari ini. Jom buat pilihan hari ini dan saya amat setuju dengan Henry Ford apabila dia berkata “If you think you can or you think you cannot, you are right.” Sebab kita adalah produk minda kita sendiri.