Pages

Tuesday, June 30, 2009

Terima Kasih?

Salam perkenalan buat siapa jua yg melayari blog saya ini. Pertama kali 'berblog' agak teruja juga sebenarnya.
Hanya rasa syukur tak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi Rabbul 'Alamin yg memberi kekuatan jiwa, rohani, emosi dan jasmani untuk saya terus mencurah segala idea, tenaga dan komitmen berbakti kepada bangsa melalui firma perunding latihan AsasInsan yg saya mulakan 5 tahun yg lepas.
Ucapan tulus terima kasih setinggi gunung, walaupun ia masih tidak sama nilainya, kepada insan-insan hebat dalam hidup saya yg telah banyak berkorban perasaan, masa, tenaga dan segalanya hanya untuk melihat saya berjaya mencapai apa yg saya impikan. Mak, Ayah, Ratuku, Permata Hatiku Yang 3, Saudaraku Berlapan, Sahabat-sahabat Seperjuangan, Kakitangan dan semua yg tidak mungkin mampu saya suratkan di sini semuanya. Pastinya kita tidak boleh hidup bersendirian walaupun kita ditakdirkan sebatang kara.
Selagi hayat dikandung jasad, carilah ruang waktu sesempit mana sekalipun untuk ucapkan terima kasih kepada orang lain kerana hanya dengan berterima kasih kepada orang lain bermakna kita bersyukur kepada Pencipta Yang Maha Esa yang tidak lokek-lokek mencurahkan segala rahmat dan nikmat kepada kita, HAMBANYA.

No comments:

Post a Comment