Pages

Showing posts with label Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Pelajar. Show all posts

Thursday, June 24, 2010

AKU HEBAT!









Apa yang anda rasa dalam 4 ujian pada hari pertama kem itu hari? Ikan Angin, Gayung Bocor, Seruling Gergasi dan Bola Terbang. Apa sebenarnya yang Abg. E mahu adik-adik mengerti daripada aktiviti-aktiviti tersebut.

Alhamdulillah, semua dpt 'tangkap' moral utama aktiviti-aktiviti tersebut iaitu Keyakinan Diri. Biar macam mana hebat strategi dan persediaan kita dalam menghadapi sesuatu cabaran, jika kita kurang keyakinan dengan kemampuan kita maka, hasilnya boleh jadi sangat mengecewakan. Tengok saja cara kalian menjala ikan itu hari...

Satu perkara lagi yang wajar diambil perhatian ialah perasaan yang kita alami apabila tidak berjaya menamatkan aktiviti dengan jayanya. Tiada ikan yang terjala, semua gayung bocor, seruling tidak berfungsi dan semua bola pecah! KECEWA bukan?

Itulah perasaan yang bakal dirasai oleh mereka yang gagal mencapai target dalam apa jua cabaran termasuklah exam spt PMR nanti.

Jadi, mudah sahaja, kalau kita tidak mahu kecewa pada bulan Disember nanti apabila keputusan PMR diumumkan, maka mulai sekarang jangan biarkan satu hari berlalu dengan begitu sahaja. Lakukan sesuatu yang boleh mengelakkan kekecewaan di kemudian hari.

Ingat pesanan En. Aziz (HEA), jika sebelum ini tiada MRSM yang berjaya mencatat 100% semua A dalam PMR, apakah yang menghalang kita untuk menjadi yang pertama mencapainya?

Abg. E sangat yakin dengan rahsia the Magic of the Brain yang telah dikongsikan itu hari, tiada lagi yang mustahil utk kalian buktikan. Insya Allah. Jangan sekali-kali lupa, kalian HEBAT!

BEST OF LUCK!!!

Friday, May 7, 2010

'Otak Kanan' di SMK St. George Penang




Cadangan awal nak tumpang lelap di Masjid Negeri Pulau Pinang sebab keesokan harinya saya akan sampaikan ceramah di sekolah yang terletak tak jauh dari masjid tersebut. Akhirnya saya dan pembantu saya, Bro. Hafiz tidur juga di masjid tersebut tapi di luar pagar sahaja sebab, pagarnya kunci, maklumlah sampai pun dah pukul 3 pagi. Itulah yang saya suka dengan kerja saya ni. Macam-macam pengalaman ‘tidur’ di hotel, masjid, khemah, hutan, kelas, bilik sakit, padang.


Hari itu saya dijemput oleh Pengetua Puan Sharifah Afifah dan Kaunselor Puan Nazatul Syeha SMK (P) St. George P. Pinang (SGSS) untuk kongsikan sedikit ilmu dan info tentang kemahiran belajar dalam modul program iMAge (Ikut-Macam-Genius) dengan adik-adik tingkatan 4. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.


Bila saya jerit SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi), tiba-tiba semangat adik-adik SGSS melonjak. Tangan tinggi diangkat, suara lantang dilaung. Semangat! Mestilah! Kita mesti berbeza dari yang lain. Buktikan yang anda berbeza. Jika tidak apa perlunya kita dilabelkan SBT dan apa kurangnya mereka yang bukan SBT.


Saya difahamkan, adik-adik SGSS mempunyai prestasi baik dalam subjek spt English, mathematic and science base, tapi sedikit ‘mencabar’ dalam subjek berbentuk fakta seperti sejarah! Betul tak?


Saya ulang nasihat saya di sini, subjek seperti sejarah banyak menggunakan otak kiri dan cuba ingat kembali ciri-ciri otak kiri! Buka balik manual ye. Jadi, mahu tak mahu untuk jadikan anda minat atau boleh kuasai subjek ini anda perlu aktifkan otak kanan semasa ulangkaji sejarah. ‘Teknik Revlearn™’ yang saya tunjukkan itu hari patut diulang latih dari sekarang. Lagi selalu buat lagi power kesannya. Biasalah tu… Next post saya akan kongsikan tentang Teknik Hubung-Kait.

Apa beza orang yang baru sebulan pandai memandu dengan orang yang telah memandu lebih 1 tahun? Jawapannya mudah! Kemahiran! Itu sebab sebagai pelajar adik-adik juga perlu ada kemahiran. Kemahiran dalam belajar. Belajar adalah satu perkara yang serius dan penting dalam kehidupan. Ia tidak boleh dibuat secara semberono atau ikut suka hati sahaja.


Tahniah, anda hebat kerana berjaya menghabiskan juga program itu hari walaupun dalam keadaan yang agak panas, berpeluh-peluh, berkipas-kipas dan macam-macam lagi. Apapun, saya dan Bro. Hafiz enjoy program di SGSS!!! Terima kasih banyak2 dan lain kali kami mai lagi. InsyaAllah.

Monday, January 25, 2010

Masa Berdetik di Maahad Hafiz Klang

Fokus! Siapa mereka ini?

Belajar? Sudah pasti. Merekalah anak-anak didik Maahad Tahfiz Klang...

Rugi? Ya, kalau kita lalai dan malas. Kerana MASA tidak pernah tunggu sesiapa pun walau sesaat.

Khusyu'! Mereka belajar tentang Kaedah 4Flex! Bagaimana buat jadual belajar yg boleh ukur prestasi semasa.

Kalah? Jangan mengaku kalau belum berjuang. Susun Petak 4Flex, guna sebelum tarikh luput, ulang Petak Prestasi, selepas dua bulan, wala! anda lihat sendiri perubahannya. Yang penting buat.

Jazakallah... Orang muda berhati waja! Ummah perlukan kita. Teruskan perjuangan ya ustaz...

Tahniah! Sebab ikut arahan dengan baik, anta dapat hadiah. Emelkan nama dan alamat penuh, insyaAllah sampailah hadiahnya nanti. Tahniah!

Tuesday, November 17, 2009

SPM 2009, doa semua kami dambakan.


Selamat Berjuang!

Inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk
membuktikan usaha selama ini bukan satu yang sia-sia.

Ibu, ayah, cikgu, rakan dan siapa sahaja ketahuilah saya akan buktikan bahawa
saya bukan seperti yang kalian fikirkan!!!

SPM 2009... AKU DATANG!!!!

Ikhlas drpd
Abang E & Kakitangan
AsasInsan Resources & Training

Wednesday, October 28, 2009

Apa Makna SPM?





22 hari lagi! Itulah tempoh masa yang berbaki untuk adik-adik tingkatan 5 SMK Bukit Rangin, Kuantan, Pahang bersiap sedia bertempur dalam medan perang minda, SPM. Kelihatan ada yang bersemangat tinggi dan tidak kurang juga yang nampak ragu-ragu.
Alhamdulillah, program Motivasi Kemahiran Belajar iMAge (ikut-macam-genius) Modul GempurEXAM! berjaya dilangsungkan dengan sempurna. Team teknikal berbaju biru, kalian hebat, macam pro.
Dalam saat sebegini, tidak dapat dinafikan perasaan bercampur-baur di antara teruja dan risau. Teruja untuk buktikan kepada semua bahawa kita boleh buat yang terbaik dan apabila keputusan yang diumum kelak sama seperti yang disasarkan, maka habuannya lebih menarik.
Itu sebabnya kala saya jerit bertanya “jumpa di mana tahun depan?!” ramai yang menyambut UKM, UM, UiTM, UIA dan macam-macam lagi. Tahniah. Tetapi ada juga yang seolah-olah kebingungan.
Tidak dinafikan, ramai juga rasanya yang dirundung perasaan risau dan ragu-ragu. Risau andai esok tidak mampu menjawab dengan baik dan akhirnya keputusan juga tidak baik atau lebih dasyat, gagal. Orang tua-tua kata "simpang malaikat 44".
Itulah sebabnya saya bertanya kepada adik-adik SMK Bukit Rangin, “SPM untuk apa sebenarnya?” Pelbagai jawapan biasa yang saya terima. Saya jawab ringkas, SPM sebenarnya untuk menguji siapa rajin dan siapa kurang rajin (atau dalam bahasa yang kurang sedap didengar, malas).
Hakikat kehidupan. Yang rajin pasti dapat lebih berbanding yang malas. Dalam apa jua perkara yang kita lakukan itulah formulanya. Belajar, kerja, sukan, bisnes dan macam-macam lagi.
Satu perkara penting yang saya ingatkan adik-adik tempoh hari, dalam tempoh genting ini tangguhkanlah dulu sikap malas yang jelas boleh menjahanamkan masa depan kita.
Syaitan sentiasa berusaha agar kita malas dalam semua perkara. Kemuncak, kita malas menyembah dan mengagungkan Allah swt yang menciptakan dan memberi rezeki yang kita telan setiap hari.
Ingat, syaitan tidak pernah malas untuk menghasut supaya kita menjadi malas semalas-malasnya. Alangkah ruginya kalau kita menjadi bahan mainan syaitan lantaran kebodohan dan kedegilan sendiri.
Untuk berjaya dalam SPM kali ini, adik-adik mestilah serius untuk berjaya. Ramai yang ingin berjaya dalam hidup ini tetapi tidak serius untuk mencapainya. Apa guna pergi memancing (menduduki) di laut (SPM) kalau yang dibawa hanya kail (usaha) panjang sejengkal (sikit). Anda hanya layak memancing dalam mangkuk, kerana anda tidak serius.
Semoga perkongsian pengalaman dan sedikit ilmu di sekolah kalian tempoh hari memberi manfaat yang berpanjangan. Berdoalah mohon kekuatan dan keteguhan iman daripada Allah swt dan pada masa sama jangan lupa mohon restu daripada mereka yang telah banyak berkorban masa, tenaga, perasaan dan wang ringgit semata-mata untuk melihat kita menjadi insan berguna.
Tahniah dan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah khususnya Unit Bimbingan & Kaunseling di atas kesudian memberi ruang waktu dan tempat untuk saya berkongsi pengalaman berharga dengan adik-adik tingkatan 5 SMK Bukit Rangin.
Best of Luck!!!

Tuesday, October 6, 2009

PMR!!!! Aku Datang!!!


Penat lelah dan tungkus lumus berbulan lamanya sebelum ini bakal "terbalas" bermula dari esok!
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Jika aku telah bersungguh-sungguh berusaha, maka esok, akan aku berikan yang terbaik dan aku yakin dengan apa yang telah aku usahakan.
Ya Allah, Engkau terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya matahariMu.
Ya Allah, lapangkanlah dadaku, Dan mudahkanlah pekerjaanku (urusanku), Dan lancarkanlah lidahku, Agar mereka faham pembicaraanku. Amin Ya Rabbul 'Alamin.

Buat adik-adik peserta yang bakal berjuang di medan PMR bermula esok.... Buatlah yang terbaik dan semoga berjaya. Pesanan ringkas Abang E... malam ini tidur awal dan esok jangan lupa betulkan niat dan mulakan dengan Bismillah.

Anda tiada pilihan...





Itulah kata-kata yang sering saya ungkapkan kepada hampir semua pelajar MRSM yang saya temui. Terbaru kepada hampir 300 orang pelajar tingkatan 3 dan 5 MRSM Batu Pahat, Johor pada 29 & 30 September yang lepas.
Anda tiada pilihan untuk tidak menjadi yang terbaik khususnya dalam PMR dan SPM akan datang. Anda mesti buktikan anda memang yang terbaik.
Kenapa mesti begitu? Bukankah mereka juga insan biasa seperti juga pelajar yang lain. Miliki kekuatan dan kelemahan. Mungkin mampu dan mungkin juga tidak!
Hakikatnya, dengan memilih untuk bergelar pelajar MRSM, anda memilih untuk tidak lagi memiliki pilihan itu, iaitu “sebagai pelajar biasa”. Anda tidak lagi mempunyai ciri-ciri “pelajar biasa”. Keadaan anda berbeza. Bagaimana?
Lihat sahaja pada nama institusi anda, MRSM. Ia memberi persepsi berbeza jika dibandingkan dengan SMK. Pasti nama itu membawa bersamanya pelbagai kelainan dan “kehebatan”. Jika tidak apa perlu ia dinamakan MRSM, cukup sekadar SMKM (Sekolah Menengah Kebangsaan MARA).
Ya, memang benar bukan anda yang menentukan nama itu. Tetapi kerana nama itulah anda mahu dan berusaha untuk menempatkan diri di situ. Tapi anda mungkin berkata pula, apa ada pada nama?
Baiklah, jangan kita lihat pada huruf-huruf yang membentuk nama MRSM itu tapi kita lihat apa yang ada di sebaliknya.
Kerana namanya MRSM kita lihat kepada tujuan ia diwujudkan, kemudahan yang disediakan, dana yang dibelanjakan, syarat-syarat kelayakan kemasukan, pencapaian, tenaga pendidik, ciri-ciri dan prestasi pelajar-pelajarnya.
Ia diwujudkan pasti untuk melahirkan insan-insan hebat yang kenal dan sedar diri. Kenal diri dari segi potensi, kekuatan, kelemahan, kemahuan dan matlamat. Sedar diri untuk sentiasa bersyukur, tidak bongkak, rendah diri dan kaya dengan budi pekerti.
Sedarilah, semua yang berada “di luar” percaya anda, pelajar-pelajar MRSM, adalah yang terbaik. Samada kepercayaan mereka ini betul atau tidak, andalah yang membuktikan atau menafikannya.
Maka anda tiada pilihan melainkan membuktikan anda berbeza dan terbaik.
Saya doakan semoga dengan keberkatan doa, restu dan usaha tanpa jemu semua yang terlibat, pengetua, guru-guru, kaunselor, ibubapa dan yang lebih penting diri anda sendiri, Allah SWT akan memudahkan urusan anda khususnya dalam menghadapi PMR (esok) dan SPM sebulan dari sekarang.
Congratulation, You Did It!