Tuesday, December 6, 2011
Masjid simbol rahmat?
Terima kasih dan tahniah kpd AJK Masjid Ar Raudhah Taman Rasa Sayang Senawang N. Sembilan atas kejayaan menganjurkan I'bad Camp! pd 2-4 Disember yg lepas.
Tahniah juga kpd adik-adik peserta krn berjaya menamatkan program dgn cemerlang. Bercuti di masjid mmg seronok. Boleh jumpa kawan2, kenal rakan2 baru, melakukan mcm2 aktiviti yg mencabar minda, solat berjemaah, makan ramai2 dan tidur dalam khemah...
Tujuan kita buat program di masjid bukan utk suka-suka. Jauh sekali utk berpesta di masjid. Tetapi yg kita mahu ialah rasa cinta kpd agama subur mekar dalam diri. Kalau bukan di masjid di mana lagi? Masjid bukan milik golongan tertentu. Masjid milik semua. Tua atau muda, miskin atau kaya, bertudung atau tidak, berjubah atau berseluar pendek, ulama atau penjenayah. Islam itu rahmat. Maka masjid patut menjadi simbol rahmat Islam kpd sesiapa sahaja. Bahkan utk mereka yg tidak seagama dgn kita.
Awas Pencuri! Awasi Harta Benda Anda. Signboard yg lazim kita baca di masjid. Itu tanda Rahmat atau Bala? Sama2 kita fikir ya!
Buat adik2 I'bad Camp! jadilah duta masjid yg membantu menyebar luaskan rahmat Islam keseluruh pelusuk dunia. Semoga segala usaha kita akan dikira sebagai amal soleh yg bakal menempatkan kita di JannahNya. Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment