Pages

Sunday, November 20, 2011

Kertas Kosong 3 Emosi?



Alhamdulillah seronok berprogram dgn adik-adik siswa siswi Kolej Mara Kuala Nerang tadi. Penat namun berbaloi apabila lihat reaksi segar mereka.

Saya minta mereka pegang sekeping kertas kosong kecil. Mula-mula emosi mereka juga kosong. Mereka tak mampu mengenal pasti emosi yg menerjah diri mereka waktu itu. Keliru.

Pusingan kedua. Mereka sekali lagi melihat kertas kosong yang sama. Cuma kali ini ada sedikit coretan di atasnya. Kali ini emosi mereka sangat berbeza. Emosi mereka bagai bunga-bungaan yg tumbuh mekar segar. Senyum, tawa bahkan ada yg berdekah-dekah gelak tanda suka dan gembira. Mereka sangat beremosi.

Pusingan ketiga. Mereka masih diminta untuk melihat kertas yang sama. Kali ini coretan dibezakan sedikit. Emosi mereka ternyata berubah. Tidak mampu lagi ditahan, air mata berderai tumpah. Sekali lagi emosi mereka memberi kesan kepada perilaku diri.

Hanya dengan sekeping kertas. Emosi mereka berubah-berubah.

Orang yg bijak dalam menjaga perhubungan dgn orang lain memiliki kemahiran ini. Sangat tinggi kmahiran mereka. Kemahiran apa?

Kemahiran mengendalikan emosi. Mereka memiliki kecerdasan emosi yg tinggi. Mereka dpt mengenal pasti emosi yg menerjah diri dan juga orang lain. Dan yg lebih penting mereka mampu melaras emosi diri untuk mewujudkan suasana segar, ukhuwah dan harmoni dalam perhubungan dgn org lain, dalam apa jua situasi.

Mereka tidak mudah melenting, mengeluh atau melatah. Fikiran mereka pantas dan terbuka. Mereka cekap dalam menyelesai masalah dan membuat keputusan. Mereka mahir memimpin dan sangat disenangi. Mereka bijak mengurus tekanan.

Jika kita nak berjaya dalam hidup ini, inilah kemahiran yg perlu kita gilap dan kuasai. Kita hidup dikelilingi insan-insan penting. Kita tidak 'naik' dgn memanjat mereka tetapi kita naik sebab diangkat oleh mereka. Say hi to people you meet on your way up coz you will meet them again on your way down.

Ringkasnya, untuk berjaya IQ penting dan EQ jauh lebih penting.

Wallahua'lam

1 comment:

  1. terima kasih che e kerana memberikan motivasi yg begitu menyentuh perasaan kami... motivasi che e lah yg trbaik yg prnh sy lalui setakat ini... che e mampu membuat pelbagai perasaan wujud dalam diri kitaorg dgn sekeping kertas... CHE E THE BEST!!! WE LOVE U!!!

    ReplyDelete