Pages

Friday, November 18, 2011

Diri Hebat Tanpa 'JER'?

Adakah anda rasa seronok dengan diri anda hari ini?

Itulah rahsia kejayaan ramai insan hebat di dunia ini. Mereka seronok dan bersyukur dgn apa yg mereka miliki. Keadaan diri, ahli keluaga, rakan-rakan, harta dan pekerjaan. Pokok pangkalnya, jika anda seronok menjadi diri anda, keseronokan yang akan menyusul. Percayalah!

Semalam sy berkongsi tips, info dan sedikit pengalaman dgn siswa-siswi IKM Sik Kedah yg bakal menamatkan pengajian mereka peringkat sijil.

Sy yakinkan mereka bhw mereka mesti berusaha agar duduk sama rendah dan berdiri tinggi sikit daripada orang lain apabila terjun ke dunia pekerjaan esok. Bukan kelulusan atau kolej tempat anda belajar yg akan menjadikan anda lebih tinggi tetapi diri anda sendiri.

Persediaan menghadapi alam kerja yg terbaik ialah mengenali diri anda betul-betul dari segi personaliti, minat dan kemahiran. Tiga faktor inilah yg membezakan di antara seorang graduan unggul dengan mereka yg biasa-biasa sahaja.

Sentiasa pandang tinggi diri anda. Kalau bukan diri anda siapa lagi yg akan pandang tinggi kepada anda. Mulakan dgn diri kita sendiri. Lihat cermin dan pastikan anda senyum dgn insan yg anda nampak di dalm cermin tersebut. Dia pasti membalas senyuman anda.

Sikap rendah diri melampau sememangnya telah terbenam dalam diri kita orang Melayu. Mungkin itulah sbbnya kita sering tersasar dlm persaingan. Persoalannya, sampai bila?

Oleh itu, satu cara utk tingkatkan harga diri anda dan membolehkan rasa dan nilai hebat meresap dalam diri anda ialah elakkan daripada menyebut 'JER'. Sy kerja cikgu jer atau sy ambik sastera jer atau sy kerja kampung jer atau sy bisnes kecil-kecil jer atau sy tinggal di rumah teres jer atau sy belajar di Oxford jer!

Jer itu tanda-tanda anda kurang seronok dgn apa yg anda miliki. Bimbang-bimbang kurang seronok itu menjerumuskan kita kepada dosa tidak bersyukur pula. Sedangkan Allah swt telah berjanji kpd mereka yg bersyukur Allah swt sangat sayang dan akan limpahi dgn lebih banyak. Klu bukan janjiNya janji siapa lagi yg boleh kita percaya. Wallahu a'lam

1 comment: