Pages

Sunday, November 27, 2011

Dialah sebaik-baik perancang

Alhamdulillah, I'bad camp yg pertama telahpun melabuhkan tirainya. Ada 5 siri akan menyusul slps ini.

Bagi diri sy secara peribadi ini adalah antara pencapaian terbaik buat AsasInsan. Teringat sewaktu mula-mula dulu, nak anjur satu kem pun terkial-kial. Tapi klu tidak diteruskan yg terkial-kial itu mana mungkin sy dan AsasInsan dpt anjurkan program-program spt skrg.

Terima kasih tak terhingga kpd team AsasInsan yg bertungkus lumus menjayakan I'bad camp pertama di Masjid ar Rahmah Kg RTB Banting. Nak handle 100 lebih peserta bukan kerja mudah. Tambahan pulak apabila master trainer tak hadir sama.

Sedikit terkilan sbnrnya xdpt nk join kem yg pertama disebab kesihatan tdk mengizinkan. Rancang bukan main lg tapi sampai masa segalanya berubah. Itulah buktinya bhw kita hanya mampu merancang dan Allah jua yg akan tentukan.

Sy sgt optimis pasti ada hikmah tersirat. Paling tidak boleh test system. Boleh jalan tak tanpa kapla.

Apa2pun trm ksh byk2 kpd smua termasuk En. Hari dan ajk masjid yg sgt komited. Usaha membangunkan insan bukan kerja 3 hari, atau 1 tahun tapi sepanjang hayat. Cabarannya bukannya sedikit. Hanya yg ikhlas dan jujur shj mampu melakukannya.

Utk team AsasInsan, ambillah mas utk rehat sikit, lepas ni kita kena lari lebih laju. Musuh yg merosakkan anak bangsa kita tak pernah berhenti atau berehat! Jadi apa alasan kita utk berehat?

Sunday, November 20, 2011

Kertas Kosong 3 Emosi?



Alhamdulillah seronok berprogram dgn adik-adik siswa siswi Kolej Mara Kuala Nerang tadi. Penat namun berbaloi apabila lihat reaksi segar mereka.

Saya minta mereka pegang sekeping kertas kosong kecil. Mula-mula emosi mereka juga kosong. Mereka tak mampu mengenal pasti emosi yg menerjah diri mereka waktu itu. Keliru.

Pusingan kedua. Mereka sekali lagi melihat kertas kosong yang sama. Cuma kali ini ada sedikit coretan di atasnya. Kali ini emosi mereka sangat berbeza. Emosi mereka bagai bunga-bungaan yg tumbuh mekar segar. Senyum, tawa bahkan ada yg berdekah-dekah gelak tanda suka dan gembira. Mereka sangat beremosi.

Pusingan ketiga. Mereka masih diminta untuk melihat kertas yang sama. Kali ini coretan dibezakan sedikit. Emosi mereka ternyata berubah. Tidak mampu lagi ditahan, air mata berderai tumpah. Sekali lagi emosi mereka memberi kesan kepada perilaku diri.

Hanya dengan sekeping kertas. Emosi mereka berubah-berubah.

Orang yg bijak dalam menjaga perhubungan dgn orang lain memiliki kemahiran ini. Sangat tinggi kmahiran mereka. Kemahiran apa?

Kemahiran mengendalikan emosi. Mereka memiliki kecerdasan emosi yg tinggi. Mereka dpt mengenal pasti emosi yg menerjah diri dan juga orang lain. Dan yg lebih penting mereka mampu melaras emosi diri untuk mewujudkan suasana segar, ukhuwah dan harmoni dalam perhubungan dgn org lain, dalam apa jua situasi.

Mereka tidak mudah melenting, mengeluh atau melatah. Fikiran mereka pantas dan terbuka. Mereka cekap dalam menyelesai masalah dan membuat keputusan. Mereka mahir memimpin dan sangat disenangi. Mereka bijak mengurus tekanan.

Jika kita nak berjaya dalam hidup ini, inilah kemahiran yg perlu kita gilap dan kuasai. Kita hidup dikelilingi insan-insan penting. Kita tidak 'naik' dgn memanjat mereka tetapi kita naik sebab diangkat oleh mereka. Say hi to people you meet on your way up coz you will meet them again on your way down.

Ringkasnya, untuk berjaya IQ penting dan EQ jauh lebih penting.

Wallahua'lam

Saturday, November 19, 2011

Masa kualiti lambang kuantiti cinta kita?

Susahkah nak tunjuk tanda anda sayang?

Memang susah klu cinta anda nilai dgn kuantiti. Insan yg kita cintai tidak perlukn kuantiti tetapi kualiti cinta kita.

Masa bersama mgkin singkat, wang di walet juga mungkin sekelumit tetapi dgn keikhlasan yg disulam dgn ilmu dan kemahuan, org lain sgt menghargai cinta yg anda berikan.

Tuhan juga menilai cinta hamba-hambaNya dgn cara yg sama. Tak perlu risau klu amalan kita tak sebanyak orang lain, tak perlu malu klu kita tak mampu nak sedekah sebanyak org lain, tak perlu bimbang klu kita tak mampu nak ke Mekah spt org lain, tak perlu gusar klu kita terpaksa solat duduk atau berbaring. Kerana Dia menilai cinta kita bukan dari segi kuantiti tetapi kualiti.

Yang penting buktikan cinta kita seikhlas hati dan istiqamah.

Friday, November 18, 2011

Diri Hebat Tanpa 'JER'?

Adakah anda rasa seronok dengan diri anda hari ini?

Itulah rahsia kejayaan ramai insan hebat di dunia ini. Mereka seronok dan bersyukur dgn apa yg mereka miliki. Keadaan diri, ahli keluaga, rakan-rakan, harta dan pekerjaan. Pokok pangkalnya, jika anda seronok menjadi diri anda, keseronokan yang akan menyusul. Percayalah!

Semalam sy berkongsi tips, info dan sedikit pengalaman dgn siswa-siswi IKM Sik Kedah yg bakal menamatkan pengajian mereka peringkat sijil.

Sy yakinkan mereka bhw mereka mesti berusaha agar duduk sama rendah dan berdiri tinggi sikit daripada orang lain apabila terjun ke dunia pekerjaan esok. Bukan kelulusan atau kolej tempat anda belajar yg akan menjadikan anda lebih tinggi tetapi diri anda sendiri.

Persediaan menghadapi alam kerja yg terbaik ialah mengenali diri anda betul-betul dari segi personaliti, minat dan kemahiran. Tiga faktor inilah yg membezakan di antara seorang graduan unggul dengan mereka yg biasa-biasa sahaja.

Sentiasa pandang tinggi diri anda. Kalau bukan diri anda siapa lagi yg akan pandang tinggi kepada anda. Mulakan dgn diri kita sendiri. Lihat cermin dan pastikan anda senyum dgn insan yg anda nampak di dalm cermin tersebut. Dia pasti membalas senyuman anda.

Sikap rendah diri melampau sememangnya telah terbenam dalam diri kita orang Melayu. Mungkin itulah sbbnya kita sering tersasar dlm persaingan. Persoalannya, sampai bila?

Oleh itu, satu cara utk tingkatkan harga diri anda dan membolehkan rasa dan nilai hebat meresap dalam diri anda ialah elakkan daripada menyebut 'JER'. Sy kerja cikgu jer atau sy ambik sastera jer atau sy kerja kampung jer atau sy bisnes kecil-kecil jer atau sy tinggal di rumah teres jer atau sy belajar di Oxford jer!

Jer itu tanda-tanda anda kurang seronok dgn apa yg anda miliki. Bimbang-bimbang kurang seronok itu menjerumuskan kita kepada dosa tidak bersyukur pula. Sedangkan Allah swt telah berjanji kpd mereka yg bersyukur Allah swt sangat sayang dan akan limpahi dgn lebih banyak. Klu bukan janjiNya janji siapa lagi yg boleh kita percaya. Wallahu a'lam