Belajarlah
tentang kehidupan.
Itulah
pesanan saya kepada hapir 200 orang mahasiswa UNISZA dalam Seminar Kemahiran
Belajar, Teknik Tepat PNGK Gempak yang saya kendalikan pada 27 Februari 2015
yang lepas.
Rata-rata
mereka teruja hadir ke seminar tersebut kerana tertarik dengan perkataan PNGK
Gempak. Jelas menampakkan perspektif mereka tentang PNGK.
Saya pasti
mereka hadir kerana ingin tahu bagaimana cara mudah untuk memperoleh PNGK
tinggi. Mudah! Amat mudah. Belajar betul-betul dan skor markah tinggi atau A dalam
setiap paper. Pasti PNGK tinggi. Tiada sesiapa akan menafikan teknik ini.
Belajar di
universiti bukanlah untuk skor PNGK tinggi. Belajar di universiti adalah untuk
belajar tentang kehidupan sebenar yang akan dilalui selepas tamat pengajian. PNGK
nilai diri anda yang perlu ditinggikan.
Jika sewaktu
di universiti masa anda banyak diluangkan untuk melepak dengan member,
dating, layan games, tidur selain kuliah dan makan. Berapa PNGK nilai
diri anda?
Cuba kira
berapa banyak duit anda ‘laburkan’ untuk rokok, gajet dan dating
sepanjang tempoh belajar di universiti? Berapa banyak pula buku selain buku
teks atau rujukan yang pensyarah wajibkan anda beli yang anda miliki? Boleh
sudahkah anda menjadi imam solat jemaah atau jumaat selepas bergelar graduan
esok?
Saya pesan
kepada mereka bahawa yang penting bukanlah PNGK tetapi bagaimana cara anda
belajar. Jika anda mempunyai cara belajar yang bijak (smart) anda akan
mempunyai kesimbangan dalam kehidupan di kampus. Akademik bagus dan nilai diri
juga bagus.
Apabila memasuki
zaman pekerjaan bermakna anda perlu bersaing untuk menang. Tiada siapa yang
akan ‘menyuap’ anda lagi. Dari sekolah sehinggalah ke universiti, kita sudah
terbiasa ‘disuap’. Itu sebab kenapa anda perlukan PNGK tinggi supaya anda boleh
‘disuapkan’ dengan kerja yang bagus-bagus apabila usai sahaja belajar nanti. Aduh!
Sampai bila?
Usah risau
kalau PNGK tidak gempak. Gempakkan perkara lain dalam diri anda. Cara berfikir,
hasilkan buah fikiran unik, cara berinteraksi, cara memimpin dan banyak lagi
potensi lain yang boleh anda gempakkan. Percayalah, biar PNGK biasa-biasa
tetapi jika anda memang individu dengan potensi yang gempak, orang lain pasti
gempar dengan anda. Cari sekarang apa potensi gempak anda.
Saya dedahkan
rahsia personaliti otak kanan dan otak kiri. Cuba teroka dan gempakkannya. Ceritakan
kepada penemuduga anda esok bahawa anda seringkali menggunakan gaya fikir whole
brain iaitu gabungan potensi otak kanan dan kiri.
Adakalanya penyelesaian
kepada sesuatu masalah atau isu sukar ditemui dan kelihatan seakan-akan
mustahil. Ia berlaku kerana kita mungkin terlalu mengerah otak kiri untuk
mencari jalan penyelesaian tanpa memberi ruang sewajarnya kepada kemampuan otak
kanan. Gabungan otak kanan dan otak kiri umpama gabungan kerja seorang arkitek
dan jurutera awam dalam membina sebuah bangunan. Mereka pasti gempar dan teruja
untuk tahu lebih tentang anda.
Terima kasih
kerana hadir, participate dan memberi perhatian. Semoga perkongsian kita
tempoh hari ada manfaat dan diberkati olehNya. Wallahu a’lam.
Che E
3 Mac 2015