Sebut sahaja program motivasi, tergambar dalam minda anda pastinya satu suasana dalam dewan di mana puluhan, ratusan atau ribuan orang sedang asyik mendengar celoteh motivator di atas pentas di hadapan mereka.
Che E tahu dan sedar bahawa motivasi bersifat pasang surut. Anda perlu sentiasa disuntik dengan dos motivasi yang sesuai agar anda tidak hilang momentum dan kekal berupaya mencapai kejayaan yang anda impi, rancang dan sedang usahakan.
Oleh itu, dapatkan khidmat rundingcara dan bimbingan motivasi bersama Che E secara personal (one-to-one basis). Ia sesuai untuk diri anda sendiri, pasangan anda, anak anda atau anda sekeluarga secara bersama. Sesi rundingcara ini dikendalikan di pejabat urusan Che E sendiri seperti di alamat yang tertera di bawah.
Anda mungkin perlukan bimbingan kerana anda bakal mendirikan rumah tangga, baru bercerai, bakal menimang cahaya mata pertama, anak anda akan mulakan persekolahan, ingin memulakan perniagaan, perniagaan baru tutup, baru belajar solat, baru diberhentikan kerja, ingin bertukar kerja, ingin sambung pengajian, baru tamat pengajian, ingin memulakan kerjaya, akan menghadiri temuduga, akan membuat pembentangan, bakal naik pangkat, akan bersara, baru keluar penjara atau pusat serenti, anak lari dari rumah atau anak akan berkahwin. Asalkan berkaitan dengan motivasi, Che E akan berusaha membimbing.
Jika anda teruja melihat kejayaan orang lain dan tersudut dalam hati ingin menjadi seperti mereka; lihat, tanya, dengar dan baca tentang mereka. Ketahui apa yang mereka tidak buat dan buat. Berubah dan berjaya bermaksud anda mencapai sesuatu yang tidak pernah anda capai sebelum ini.
Untuk memiliki apa yang anda tidak pernah miliki anda mesti berani melakukan sesuatu yang anda tidak pernah buat sebelum ini. Berubah tidak semestinya anda melangkah lebar-lebar. Dengan hanya berganjak satu atau dua darjah, track (laluan) dan pastinya destinasi anda telah berubah. Tonton video ini dan lihat betapa satu darjah sangat besar bezanya untuk orang yang berjaya.
Kerugian yang nyata ialah apabila anda mengharapkan hasil yang berbeza (lebih baik, lebih untung, lebih pandai, lebih menarik, lebih bahagia.. anda sambung senarainya) dengan hanya mengulangi perbuatan, tindakan, strategi, sikap, perangai.. (anda sambung senarainya) yang sama. Che E tidak suka rugi dan tidak mahu anda rugi.

Jika anda atau anda sekeluarga berhasrat untuk memaksimumkan potensi diri, mengenal pasti dan menepis jauh-jauh ‘paten pelemah’ yang ada dalam diri dan ingin dibimbing secara peribadi oleh Che E agar proses penambah-baikan diri anda dan keluarga dapat dilakukan dengan lebih istiqamah dan berkesan, hubungi pejabat Che E, AsasInsan Resources & Training di talian seperti tertera di bawah untuk mengatur temujanji dengan Che E dan beliau bersedia membimbing anda;
Telefon : 03-8922 2934
Emel : klinikmotivasi@asasinsan.com
Sesi bimbingan akan diadakan di Pejabat Urusan AsasInsan Resources & Training, No. 14-2, Tingkat 2, Jalan seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, 43000 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Untuk peta ke lokasi ini sila klik di sini.

Caj untuk sesi bimbingan motivasi personal bersama Che E ialah seperti berikut:
INDIVIDU | KUMPULAN (tidak lebih 4 orang) | |
Sesi 120 minit | RM200 | RM300 |
Sesi 60 minit | RM100 | RM200 |
Sesi Susulan (60 minit) | RM80 | RM160 |